20| LEANNA NOA

1.5K 127 4
                                    

Leanna yang ralit menjilat aiskrim strawberi di sebelah Davinna pandang dengan riak aneh. Sesekali kepalanya digeleng perlahan dan senyuman kecil terukir mengenangkan perangai pelik adik kesayangan.

"Apa kakak tengok Lea macam tu?" berkerut dahi Leanna apabila terperasan akan pandangan Davinna.

"Lain macam selera Lea malam ni. Kata nak diet semalam." balas Davinna pula.

Mana taknya, baru saja tadi Leanna menghabiskan sepinggan Spaghetti Aglio E Olio, separuh chicken chop Davinna yang tidak dapat di habiskan juga sebiji burger double cheese serta fries. Dan sekarang aiskrim pula.

Nafsu gajah ka apa?

"Binge eating kut. 3 hari Lea berlapar. Akibatnya begini lah. Makan macam tak ada hari esok." Leanna mengaku sambil ketawa. Kon aiskrim yang hampir habis itu Leanna sumbatkan terus ke dalam mulut.

"Kak, esok kita makan dekat cafe yang baru buka dekat hujung sana tu tau. Hari tu Lea dengan Erika pergi sana. Blueberry cheesecake dia sedap sangat. Lea tiba-tiba rasa teringin pula nak makan." Leanna tunjuk bangunan kafe warna ungu pastel pada deretan gerai-gerai di seberang jalan.

"Makanan dalam perut tu pun belum sempat nak hadam dah fikir nak makan itu ini. Kalau esok-esok Lea tiba-tiba jadi anak gajah nanti jangan salahkan kakak pula ya?" sengaja Davinna mengusik adiknya.

"Kakak! Tak baik tau!" bahu Davinna dipukul kuat tanda geram.

Tawa Davinna kedengaran kuat. Seronok menyakat adik kesayangan. Lagi-lagi melihat wajah Leanna masam mencuka begitu.

Dia usik kita nanti boleh pula.

"Tapi kan kak, kita dah lama kan tak makan sama-sama, jalan sama-sama macam ni. Angin malam ni pun sejuk je. Tenang. Lea seronok sangat bila dengan kakak. Lea bersyukur sangat-sangat dapat hidup bersama kakak. Lea tak perlukan orang lagi dah. Kakak sorang pun dah cukup." lengan kakaknya di peluk sambil berjalan-jalan memerhati kesibukan manusia dan kenderaan di bandar tersebut.

"Kalau nak seronok lagi, cari lah boyfriend." usik Davinna lagi sengaja mematikan mood sentimental adiknya.

"Kakak!"

"Ouch!"

Tidak sempat Leanna membuat serangan balas terhadap Davinna, terasa badannya dirempuh sedikit kuat dari depan. Hampir saja tubuh mahu terlentang jatuh di atas simen, namun satu tangan lebih tangkas menahan pergerakan Leanna.

Bau alkohol yang meloyakan menerpa deria bau Leanna. Tangan mahu menolak agar tubuh yang memeluknya itu supaya menjauh. Namun pergerakan serta-merta mati.

"Azrael?" Leanna kaget.

"Leanna..." Azrael senyum senget. Mata bundarnya kuyu tapi sangat jelas wajah Leanna di matanya.

"Az, kenapa dengan awak? Lepaskan saya dulu-"

"Arghh!"

Tubuh Azrael seakan mahu rebah dan dengan kudrat Leanna yang kecil, dia tidak mampu menahan Azrael sehingga Azrael jatuh menghempap Leanna di atas simen.

Azrael terus tidak sedarkan diri.

"Kak, tolong Lea."

Kebas rasa tubuhnya dihempap badan sasa Azrael.

Kurang asam betul Azrael!

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now