15| LEANNA NOA

2.2K 172 4
                                    

Alkohol diteguk entah berapa kali. Hati Azrael sakit. Fikirannya bercelaru.

Untuk kesekian kali, Natasya melukakan hatinya sekali lagi. Mendengar cerita dari mulut Dave tentang Natasya semalam telah menghancurkan Azrael. Apatah lagi bila abang Dave sendiri mengaku bahawa pada malam itu dia memang bersama Natasya.

Sebelum ini Azrael sentiasa cuba memberi peluang untuk dirinya dan Natasya serta hubungan mereka. Disebabkan cinta, dia butakan hati dan terus menerima Natasya kembali walau sejuta kali gadis itu melakukan kesilapan yang sama.

Sungguh, Azrael tidak mampu melupakan Natasya semudah itu kerana Natasya cinta pertamanya.

Natasya lah yang mengajarnya erti cinta. Bersama Natasya, dia bahagia. Namun, entah kenapa sejak akhir-akhir ini hanya sakit yang Azrael rasakan.

Apa kurangnya dia? Apa salahnya sehingga Natasya berubah sejauh ini?

Alkohol diteguk lagi.

"A-azrael?"

Suara kecil Leanna tiba-tiba kedengaran di sebelah.

"Az, saya nak balik sekarang boleh? Lewat dah ni. Nanti kak Davinna cari saya." pinta Leanna takut. Dia yang duduk di atas sofa empuk itu terasa panas punggung.

Selepas pergaduhan singkat Azrael dengan Natasya tadi, dia terus di bawa oleh Azrael ke apartment milik lelaki itu.

Leanna mula kegelisahan menilik jam yang sudah hampir menunjukkan pukul 10 malam. Hatinya bertambah resah apabila sejak tadi Leanna tidak henti-henti mendapat mesej ringkas dari Davinna yang bertanyakan keberadaannya. Dan seperti biasa, Leanna terpaksa berbohong.

"Hm, Azrael?" panggil Leanna lagi setelah melihat lelaki itu seakan dalam dunianya sendiri.

Belakang leher diusap membuang rasa takut. Dia harus pulang sekarang. Lagipun buat apa Leanna harus berlama-lama di sini bersama Azrael sedangkan dia seperti tunggul kayu saja sejak tadi melihat Azrael melayan perasaan sedih.

"Hm S-saya balik dulu lah ya?"

Sebaik saja Leanna bingkas berdiri, tangan Azrael tangkas menarik lengan Leanna sehingga gadis itu terduduk di atas riba Azrael.

Leanna mahu bangkit semula namun Azrael kunci pergerakan Leanna dengan memeluk pinggang gadis itu erat.

"Azrael, apa ni? Saya nak balik." Leanna cuba mengawal suaranya yang bergetar menahan perasaan takut.

Azrael mabuk ketika ini. Jadi, lelaki itu boleh bertindak di luar kawalan.

Ah, Leanna tidak sanggup menjadi 'makanan' Azrael lagi.

"Azrael, please-"

"Leanna..." jari kasar Azrael datang menyentuh bibir mungil milik Leanna.

Jantung Leanna mula berdetak laju. Lidahnya terkelu. Mata redup Azrael memandangnya memaksa wajah Leanna tunduk.

"Please don't go." bisik Azrael.

Jarinya masih senang menari di wajah Leanna.

"T-tapi Azrael saya-"

"Please Lea..." rayu Azrael lembut.

Kepalanya direbahkan di dada Leanna. Pinggang gadis itu semakin dipeluk erat.

"You teman I malam ni ya? Sleep with me. Please." rayu Azrael sekali lagi.

"Saya tak-"

"Just sleep with me, Vanilla. I janji tak akan buat apa-apa dekat you. I cuma nak you teman I tidur malam ni. Baring sebelah I. Just hold me. Peluk I sampai I tidur. Boleh kan?" Azrael dongakkan sedikit kepalanya memandang Leanna.

Wajah gadis itu kelihatan serba salah.

Boleh percaya ke permintaan Azrael ini?

Ah, bagaimana sekalipun Leanna harus pulang juga. Davinna pasti sedang menunggunya di rumah sekarang.

"Argh!"

Leanna menjerit kecil apabila dengan tiba-tiba Azrael mencempung tubuhnya.

Tidak sempat Leanna meronta mahu melepaskan diri, dia telah berjaya di bawa Azrael ke dalam bilik tidur. Tubuh kecilnya itu dihempas di atas tilam empuk bersaiz king.

Azrael merangkak di atas tilam. Tangkas tangannya menarik Leanna sehingga gadis itu selamat di dalam pelukannya.

"Saya nak balik." dada Azrael di pukul kuat.

Sumpah dia tidak mampu menggerakkan tubuhnya lagi. Pelukan Azrael begitu erat.

"I mengantuk, Lea. I nak tidur." Azrael memejamkan mata.

"Itu awak punya fasal lah. Apa kaitannya dengan saya?" marah Leanna pula.

Azrael buka matanya semula. Wajah Leanna di dalam kesamaran cahaya itu direnung.

"Sleep or I kiss you."

"Itu sajalah yang awak tahu. Asyik nak ugut cium saya-"

'Chup!'

Darah Leanna terasa naik sehingga ke wajahnya.

"Diam pun." bibir Leanna dilepas perlahan.

Jantung Leanna berlari laju. Azrael memang suka bertindak agresif seperti ini!

Azrael menutup semula matanya. Kepala diselesakan di atas dada Leanna.

Satu keluhan lemah kedengaran di bibir Leanna Nampaknya, Leanna tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Azrael tidak akan sesekali melepaskannya.

Maaf Kak Davinna, Leanna tidak dapat pulang malam ini.

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now