10| LEANNA NOA

5.5K 350 25
                                    

"Lea ada buat apa-apa tak lepas ni? Akak nak minta tolong sikit boleh?" soal Davinna.

Leanna cuma menggeleng perlahan sambil leka menyusun buah mangga di dalam tray.

"Akak nak Lea tolong apa?" soalnya pula.

"Tolong hantarkan buah strawberi dengan buah kiwi dalam plastik tu di kedai bunga Diana boleh? Dia call kakak tadi dia tak dapat nak ambil sebab tak ada orang jaga kedai."

Selesai mengerjakan pekerjaannya Leanna berjalan menuju ke arah plastik yang ditunjukkan oleh Davinna.

"Buah ni nak hantar sekarang ke?" tangan mengibas pada seluar mahu membuang kekotoran.

"Boleh juga kalau Lea free sekarang." jawab Davinna.

Loceng di pintu masuk berbunyi serentak membuatkan kepala Leanna dan Davinna menoleh.

"Eh, Datin?" Davinna menyambut kedatangan Datin Eliza.

"Awal datin datang hari ni?"

"Of course, Davinna. Lagipun stok buah dekat rumah I dah habis. My son ni lah yang tukang habiskan sampai berebut dengan cucu I." bahu Azrael di sebelahnya dipukul.

Terasa darah menyerbu sehingga ke wajah Leanna di saat melihat Azrael di situ.

Entah. Setiap kali bersua muka dengan Azrael, Leanna jadi takut. Lagi-lagi jika mata helang itu selalu membunuh pandangan matanya.

"K-kak, Lea pergi dulu." pantas Leanna melangkah keluar dari kedai mahu melarikan diri.

Dia tidak mahu berada di ruangan yang sama dengan Azrael. Sakit hatinya melihat wajah lelaki itu.

Nafas yang dirasakan sesak tadi mula lancar kembali setelah dia berjaya menghindari Azrael si lelaki devil itu. Selepas menghantar buah ini, dia akan singgah di mana-mana tempat untuk menghabiskan masanya sementara menunggu si devil itu pulang.

"Seronok dapat larikan diri dari I?"

Suara itu mematikan langkah Leanna. Air liur ditelan kesat.

"Nak pergi mana ni? Nak ikut." Leanna dapat rasakan pinggangnya dipeluk erat.

"Jangan sentuh boleh tak?" pantas Leanna menolak tubuh Azrael.

Azrael tersenyum sinis membalas jelingan tajam Leanna. Mengancam betul!

"Teman I pergi cafe." pinta Azrael mengekori Leanna dari belakang.

Cepat kaki Leanna berjalan, cepat jugalah kaki Azrael melangkah.

"Saya sibuk. Rasanya awak boleh pergi sendiri kut. Awak bukan budak kecil saya nak kena teman sana sini." balas Leanna berani.

"Leanna." pantas Azrael merentap lengan Leanna membuatkan langkah Leanna terhenti lagi.

"Apa ni? Lepaslah!" pegangan Azrael cuba dilonggarkan.

"I tolong hantarkan you pergi hantar buah jadi lepas itu you boleh ikut I pula." tanpa menunggu persetujuan dari Leanna, lengan gadis itu diheret agar mengekorinya ke tempat parkir.

"Tak nak. Saya boleh jalan sendiri. Saya tak nak tumpang awak. Lepaslah, Azrael." sepanjang dia diheret, tangan Leanna berkali-kali cuba memukul tangan Azrael.

Orang yang lalu-lalang hanya menghantar pandangan pelik ke arah mereka berdua.

"Azrael-"

"Masuk." Azrael buka pintu untuk Leanna. Wajah gadis itu masam dan langsung tidak berganjak sama sekali.

"Get in the car or I kiss you very hard. Choose, Vanilla." ugut Azrael dengan riak poker face.

Leanna mendengus geram. Dia terpaksa mengalah mendengar ugutan berbaur gatal itu. Walaupun perkenalan mereka singkat, Leanna tahu ugutan Azrael itu bukan mainan semata-mata. Dia akan buat betul-betul. Itu salah satu perangai Azrael yang dia benci.

Dengan rasa terpaksa, Leanna masuk ke dalam perut kereta. Punggung dihempas di atas kerusi tanda protes. Sempat mata menjeling Azrael yang berjalan menuju ke pintu sebelah.

"Pakai seatbelt." arah Azrael. Leanna diam dan menurut. Tapi dalam hati berbakul-bakul sumpah seranah dihadiahkan pada Azrael.

Hari ini hari malangnya lagi disebabkan Azrael tak guna tu!

LEANNA NOAМесто, где живут истории. Откройте их для себя