26| LEANNA NOA

1.1K 141 3
                                    

Hari berganti hari, Leanna masih seperti ini. Kosong, hilang punca, seakan sudah mati jiwa dan hati.

Kalau saja Leanna sudah hilang akal, mungkin dia sudah menamatkan riwayatnya di tangan sendiri. Leanna benar-benar mati akal.

Anak di dalam kandungannya ini akan semakin membesar hari demi hari. Tak mungkin selamanya Leanna boleh menyembunyikan kehamilan ini dari semua orang.

Terutama sekali dari Davinna.

Jika Davinna tahu akan hal ini, pasti kakaknya benar-benar kecewa dan marah. Leanna ialah harapan keluarga dan akhirnya dia juga yang menghancurkan semuanya.

Sejak kecil lagi, Leanna dan Davinna tidak pernah merasa kebahagiaan seperti keluarga orang lain. Ibunya melarikan diri dari rumah bersama lelaki lain sehingga ayahnya jatuh sakit dan meninggal dunia.

Tanggungjawab untuk menjaga dia dan Davinna seharusnya digalas oleh abang mereka, namun lelaki itu juga mengikut jejak ibu mereka dengan berkahwin lari 5 tahun lepas sehingga segala-galanya diletakkan di atas bahu Davinna. Kakaknya terpaksa melupakan kehidupan sendiri untuk membesarkan Leanna.

Tapi, dengan apa yang sedang dihadapi Leanna sekarang tiada bezanya dengan perbuatan ibu dan abang Leanna sendiri.

Leanna tahu kakaknya sudah cukup menderita selama ini tapi dia harus kuat demi Leanna. Dan sekarang Leanna bakal menyeksa Davinna sekali lagi.

Jika diturutkan hati, Leanna mahu lari saja dari rumah tapi di dalam dunia ini dia cuma punya Davinna. Dia perlukan Davinna sebagai penguat semangatnya namun di dalam masa yang sama Leanna enggan melihat kakaknya sedih lagi.

Tuhan, bantu aku.

"Lea..."

Suara lembut Davinna di sebelah menyentakkan lamunan Leanna sehingga terhinjut bahunya.

"I-iya..." Leanna buat-buat sibuk menyusun buah di dalam kotak.

"Kalau Lea rasa tak okay, Lea boleh cerita pada kakak. Tak elok pendam sorang-sorang. Lea boleh sakit nanti." beritahu Davinna risau.

Leanna paksa bibir untuk senyum. Dia memang tak boleh berlagak tenang di hadapan kakaknya. Sekecil apa pun, Davinna mesti dapat kesan perubahan sikap Leanna.

"Lea okay, kak. Penat sikit je. Banyak assignment dengan kuiz." Itu sajalah alasan Leanna untuk menyelamatkan diri.

"Iyalah. Kakak harap memang betullah Lea penat disebabkan assignment. Kalau Lea nak tahu, Lea tak pandai tipu akak tau?"

Leanna menelan air liur pahit. Tiba-tiba Leanna rasa takut pula. Bila difikirkan semula, benda akan jadi jauh lebih teruk jika Davinna dapat tahu tentang kehamilannya dari mulut orang lain. Tapi untuk berterus-terang sama saja macam menjerat leher sendiri. Kalau begini, mati lebih baik.

Ah, Lea. Anak dalam perut kau tak bersalah! Jangan disebabkan mahu lari dari masalah, kau bunuh anak kau sendiri.

Satu suara bergema di kepala Leanna seolah menyedarkannya. Lantas, perut yang masih kempis itu diusap.

Maafkan mummy, sayang.

"Lea sakit perut?"

Sekali lagi Leanna terkejut. Tangan yang memegang perutnya pantas disembunyikan ke belakang.

"T-tak..." kepala digeleng laju.

"Tiba-tiba saja pegang perut, sebab itu kakak tanya." balas Davinna lagi.

"Lea lapar sebenarnya. Hihi." Leanna tayang muka sengih.

"Baru saja makan tadi. Takkan lapar lagi? Kalau gemuk nanti jangan mengadu dekat kakak pula ya." Ini bukan selera gajah dah. Davinna menggeleng kepala.

"Lea keluar sekejap lah, kak. Nak beli susu. Tadi nampak macam dah habis dalam peti ais." Leanna sebenarnya mahu melarikan diri dari Davinna sebentar.

Lama-lama dengan kakaknya di sini, takut nanti lain pula yang jadi.

"Sekali beli bihun. Kakak nak buat bihun sup malam ni." sempat Davinna berpesan.

"Okay kak."

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now