27| LEANNA NOA

1K 122 2
                                    

Senyum senget milik Azrael berjaya menganggu Aaron di hadapan. Dia tahu maksud senyuman itu, Mesti Azrael tengah mengejeknya dalam hati. Tahu sajalah adik lelaki dia tu.

"Please lah, Az." Aaron menggeleng kepala. Decitan sinis hadir di bibir sebelum membuang pandangan ke luar melihat jalan dari luar cermin café.

Azrael mengacau teh yang masih panas. Senyuman masih belum hilang.

"So balik sini kiranya dah totally move on ke?"

Dah agak dah. Pasti Azrael tanya soalan itu.

"I don't know." balas Aaron bersahaja.

"Kau tak takut ke bila dah balik sini, kau akan jumpa dia lagi? Bandar ni bukan besar mana pun." tanya Azrael ingin tahu.

Tak sangka abangnya pulang semula ke sini selepas 5 tahun membawa diri kerana putus cinta. Tiada siapa tahu punca Aaron pergi seorang diri ke London kecuali dia.

"Memang aku nak jumpa dia tapi aku belum bersedia." Aaron berterus terang.

"She seems fine." jawab Azrael lagi mengundang senyum nipis Aaron.

"Good for her. Itu yang aku selalu doa untuk dia." Aaron rasa sedikit lega. Tapi selagi maaf belum diungkap Aaron selalu dihantui rasa serba salah dan rindu juga menghukumnya hampir setiap hari.

"Okay, dah habis cerita pasal aku."

"Mama cakap kau dengan Natasya dah tak ada apa-apa. Betul?" cepat Aaron tukar topik. Asyik cakap fasal dia saja.

Azrael menggangguk tenang.

"Jadi sebab itu aku tengok kau selalu termenung seorang diri. Patah hati?" Aaron perasan sejak dia pulang ke sini tempoh hari, ada perubahan pada sikap adiknya.

Lebih banyak diam dari bercakap seperti selalu.

Azrael mengangkat bahu. Dia sendiri pun keliru dengan perasaan yang sedang dia rasakan sekarang.

Kenapa dia rasa begini? Azrael rasa sunyi dan kehilangan sesuatu.

Mungkin Azrael jadi begini kerana dia masih meratapi hubungan cinta dia bersama Natasya sudah berakhir.

Tapi kenapa nama Leanna yang kerap mengganggu harinya? Sebelum tidur, bangun tidur hatinya memanggil nama Leanna dan bukan Natasya.

Az, what's wrong with you?

"Kau rindu Natasya?" soal Aaron lagi.

'Aku rindu Lea?'

Tak, tak. Tak mungkin! Kenapa pula aku kena rindu dia?

"Tak, aku tak rindu Lea."

"Hah?" rasanya Aaron tak salah dengar tadi.

Azrael kaget sendiri dengan keterlanjurannya.

"Nothing." Azrael mencicip teh panas bagi membuang rasa malu di hadapan abangnya.

Satu hal pula nanti kalau Aaron tanya siapa Leanna. Lagipun Aaron memang kenal Leaanna pun sebelum ini. Adik ipar tak jadi kut takkan boleh lupa pula.

"Tapi aku tak sangka kau dengan Natasya akan-"

Kata-kata Aaron mati di situ apabila terlihat Azrael tiba-tiba berdiri.

"Kau nak pergi mana?" tanya Aaron pelik.

"Aku-"

"Kau balik dulu. Aku ada hal kejap."

Azrael lantas pergi meninggal Aaron di situ.

Tak sangka, baru saja teringat tadi tuan empunya badan sudah ada di depan mata.

"Lea!"

Langkah Leanna mati sebaik namanya di seru dari belakang. Nafas berat dihembus sebelum Leanna berpaling.

Inilah yang dia malas bila keluar rumah, ada saja yang terserempak lah, Ada yang tegur lah. Bukan Leanna sombong cuma buat masa sekarang dia tak ada mood nak layan semua orang.

"Eh, Ian." Leanna memaniskan muka.

"Tak sangka boleh jumpa you di sini."

Tak tahu kenapa Ian rasa gembira sangat bila terlihat Leanna keluar dari kedai tadi. Itulah kaki laju saja mengejar gadis manis itu.

"Saya beli barang sikit tadi." jawab Leanna mengangkat plastik di tangan.

Ian angguk. "I rasa macam dah lama tak jumpa you di kolej. You tak sihat ke?" soal Ian ingin tahu.

"Eh, saya ada je. Cuma sibuk sikit lah kut." Leanna memang sengaja mahu mengelakkan diri daripada semua orang di kolej terutama sekali dari Azrael.

Sampaikan Erika pun mencarinya hingga ke rumah.

"Oh, patutlah. Nasib baik I jumpa you di sini." Ian senyum kecil.

"Kenapa nak jumpa saya?"

Sebab nak tengok muka cantik you. Boleh tak jawab macam tu?

"Kejap, rambut you ada-" jari Ian perlahan mengambil sehelai ranting halus yang lekat di rambut Leanna yang diikat kuda itu.

"Leanna."

Leanna tersentak mendengar suara itu. Hampir gugur jantungnya. Tanpa menoleh empunya suara, dia mula membuka langkah.

"Ian, saya balik dulu." pamit Leanna.

"Sampai bila you nak lari dari I?" tangan Leanna sempat diraih.

"Tolonglah, Az. Saya rimas awak buat saya macam ni. Awak ni memang tak faham bahasa ke? Saya penat, Azrael." Leanna tolak kasar tangan Azrael dari menyentuhnya.

Leanna rasa jijik.

"Ikut I kejap." Azrael buat tak endah.

"No! Jangan ganggu saya. Saya dah bagitahu awak, saya tak nak ada kaitan dengan manusia macam awak lagi." marah Leanna kian memuncak.

Bahasa apa lagi yang Leanna harus guna supaya Azrael faham bahawa dia tidak mahu diganggu lagi.

"Az, tak boleh ke kau hormat Lea sikit? Dia tak nak kan? Jangan lah paksa." Ian mencelah.

Sempat juga dia tertanya-tanya apa sebenarnya hubungan Leanna dan Azrael?

"Kau jangan masuk campur. Ini hal aku dengan Lea. Come, Lea." sekali lagi lengan Leanna di gapai dan kali ini Leanna tidak berjaya melepaskan diri.

"Az, please. Aku tak nak bergaduh dengan kau sebab perempuan." Ian masih cuba mengawal marah.

Dia kenal Azrael orangnya bagaimana, tapi ini sudah keterlaluan.

"Kalau kau kawan aku, kau tahu limit kau. Aku ada urusan dengan Lea dan aku harap kau faham." Leanna pantas ditarik meninggalkan Ian di situ.

Ian tak mampu berbuat apa-apa kecuali melihat kelibat Leanna dan Azrael semakin mengecil.

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now