14| LEANNA NOA

4.5K 347 32
                                    

Tamat saja kelas pada hari itu, Leanna segera bergegas ke kafeteria kolej untuk mengisi perut yang setelah seharian menahan lapar. Jadual kelasnya pada hari ini penuh membawa ke petang.

Nasib saja di sebelah petang, kafeteria kolej sudah sedikit lengang dengan para pelajar lain. Jadi, Leanna tidak perlu beratur panjang.

Leanna memilih makanan western sebagai makan tengahari merangkap makan malamnya.

"Chicken chop satu. Jus tembikai satu." beritahu Leanna kepada lelaki yang menjaga kaunter.

Selesai melakukan pembayaran, resit bertukar tangan dan Leanna berdiri seketika di hadapan gerai tersebut menunggu pesanannya siap.

Leanna bawa makanan yang dipesan tadi menuju ke arah meja kosong di sebalik tiang putih. Bau aroma chicken chop membuatkan Leanna tidak sabar mahu menjamahnya.

"Hi."

Sapaan itu menghentikan suapan pertama Leanna.

"Ian?"

Leanna angkat kening tinggi. Garfu diletakkan semula di atas pinggan.

"Boleh I duduk di sini?" soal Ian.

"Awak dah duduk pun. Tak perlu tanya lagi." balas Leanna tersenyum menggeleng kepala.

Ian juga ikut senyum saat melihat senyuman Leanna itu.

Manisnya.

"Erika mana?" saja Ian berbasa-basi.

Padahal dia tidak kisah pun akan keberadaan Erika. Lagi Ian suka kalau Erika tidak bersama Leanna. Boleh dia berduaan dengan gadis cantik itu.

"Erika dah balik. Ada family gathering katanya." cerita Leanna.

Pagi tadi Erika kelihatan begitu teruja apabila bapa-bapa saudaranya yang kacak itu akan pulang ke Grandbell semula setelah beberapa tahun menyambung pengajian di Germany.

"Oh ya? I belum bayar lagi hutang I pada you, Lea." beritahu Ian tiba-tiba.

"Hutang? Hutang apa?"

"Sekejap ya?" Ian bingkas bangun dari tempat duduk.

Perjalanan Ian, Leanna perhatikan sehingga langkah lelaki itu terhenti di sebuah stall ice cream. Tidak lama kemudian, Ian kembali bersama dua cup plastik putih berisi ice cream di tangannya.

"Nah." ice cream perisa Vanilla dan Strawberry Ian suakan kepada Leanna yang terpinga-pinga dari tadi.

"I belanja. Sekali bayar hutang buah yang I tak bayar hari tu." ujarnya tersenyum. Punggung direbahkan semula di hadapan Leanna.

"Oh!" Leanna tertawa kecil.

"Terima kasih, Ian. Tapi hari tu saya memang ikhlas belanja awak." ucap Leanna.

"It's okay. Hari ni pun I ikhlas belanja you juga."

"And mana lah tahu lepas ni I boleh belanja you lagi and duduk dengan you macam ni selalu."

"Apa dia?" ayat terakhir dari mulut Ian itu kurang jelas di pendengaran Leanna.

"N-nothing." kepala Ian digeleng laju.

"O-okay." Leanna cuit sedikit aiskrim yang di beli oleh Ian.

Tidak sempat ice cream perisa Vanilla itu singgah di mulut Leanna, satu kepala melanggar pipinya dan aiskrim tadi terus hilang dari sudu.

"Azrael?"

Azrael senyum lebar memandang Leanna. Mata dikenyitkan ke arah gadis itu juga.

"Sedap."

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now