25| LEANNA NOA

3.9K 299 26
                                    

"Lea! Lea!"

Suara Erika yang memanggil namanya itu membuatkan Leanna dengan pantas menyembunyikan satu kotak sederhana kecil di tangan ke dalam tote beg.

"Leanna, tunggulah aku!" Erika berlari anak untuk mendapatkan Leanna.

Gadis itu berpaling dan berhenti menunggu Erika mendekatinya.

"Benda apa yang kau sembunyikan dari aku tadi?" soal Erika dengan reaksi curiga.

Ingat dia tak nampak ke?

"Mana ada sembunyi apa-apa. Aku beli pencuci muka tadi. Kan dia dijual dalam kotak. Lepas tu aku simpan dalam beglah. Takkan nak pegang gitu saja." bohong Leanna bijak.

Erika sengih panjang. "Yelah. Saja nak usik kau."

"Kenapa cari aku? Panggil nama kita macam nak bagi satu kolej ni dengar saja." Leanna menggeleng kepala.

Mereka berdua mula berjalan beriringan ke kafeteria.

"Aku ada cerita panas." Erika tunjuk reaksi penuh teruja.

Leanna geleng kepala lagi.

"Iya, Tengku Erika. Cerita panas apa lagi kali ini?" soal Leanna.

Ada-ada saja Erika ni.

"Kau tahu fakulti kita ada pensyarah baru. Muda lagi tu. Dan yang paling penting dia..."

"Handsome." tutur Leanna dan Erika serentak.

Tahu sangat dah perangai si Erika ni. Pantang jumpa lelaki handsome sikit. Terus tak ingat dunia. Sebiji macam perangai Armani juga dulu.

"Dan satu lagi yang kau harus tahu. Pensyarah muda kita tu adalah abang Azrael. Aku tak tahu selama ni Az ada abang yang hot macam dia juga. Baka baik rupanya."

Leanna memutarkan bola mata ke atas.

Azrael hot ke? Annoying ada lah!

"Tengok lah kau. Setiap kali aku cerita pasal lelaki mesti kau nampak macam tak berminat langsung. Lesbian ke apa perempuan ni?" Erika jadi sakit hati pula dengan reaksi Leanna.

Gadis itu tertawa kecil. Erika memang mengingatkannya kepada Armani. Dulu, Armani selalu geram bila Leanna langsung tidak mengendahkannya jika topik perbualan mereka adalah lelaki.

Kena kutuk lesbian pun hampir setiap hari sampai lali telinga Leanna mendengarnya.

"Aku bukan tak suka kau cerita fasal lelaki. Aku tak kisah pun. Cuma bila kau sebut nama Az...."

"Azrael?"

Tiba-tiba lelaki itu betul-betul berdiri tepat di hadapannya.

"Kenapa awak-"

Chup!

Bibir Leanna terus disambar tanpa izin dari gadis itu.

Semua pelajar yang berada di situ termasuk Natasya terkesima melihat adegan panas dan tidak dijangka dari Azrael.

"Az, apa awak buat ni?!" Leanna tolak kuat dada Azrael.

Mukanya merah padam. Terasa panas wajahnya kerana terlalu marah dan malu.

"Awak memang melampau!" tangan Leanna yang hampir menghinggap di muka Azrael sempat di tahan.

"Ikut I." Azrael tarik tangan Leanna.

"Kau nak bawa Lea pergi mana?" Erika menahan lengan Leanna namun kudrat Azrael lebih kuat sehingga dia berjaya mengheret gadis itu mengekorinya.

"Lepaslah, Azrael. Saya penat lah macam ni. Setiap hari awak asyik ganggu saya." bentak Leanna marah.

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now