11| LEANNA NOA

5.2K 338 36
                                    

Sepanjang perjalanan, Leanna dan Azrael hanya membisu. Adapun mereka bercakap kerana Leanna mahu menunjukkan arah jalan untuk menuju ke kedai Bunga Diana.

Selesai menghantar pesanan buah tadi, Azrael membawa mereka ke sebuah cafe seperti yang disebut Azrael tadi.

Leanna meninjau cafe itu melalui cermin hadapan kereta Azrael.

Lawa. Sepanjang dia tinggal di bandar ini, ini pertama kali Leanna singgah di sini. Lihat sajalah pemandangan di sebelah cafe itu.

Ada laut! Seronoknya minum coffee sambil tengok laut biru!

"You memang nak I cium you kan?" sergah Azrael dari luar mengejutkan Leanna.

"Hah?"

"Keluar cepat sebelum I buat betul-betul nanti." ugut Azrael dengan mata helangnya.

Leanna merungut perlahan dan segera keluar dari perut kereta. Itu sajalah yang dia tahu. Nak cium orang saja. Dasar lelaki gatal!

Leanna jeling belakang tubuh Azrael yang berjalan tidak jauh darinya.

"Azrael, my man!" seorang lelaki menyambut ceria kedatangan Azrael.

Lelaki itu datang mendepa tangan lalu memeluk tubuh Azrael erat.

"Rasa macam setahun kau tak datang cafe aku." rambut hitam Azrael dikusut.

"Merepek. Baru minggu lepas aku datang sini." balas Azrael membetulkan semula rambutnya.

"Eh, dia datang bawa teman lah hari ini. Comel girlfriend baru kau. Hi, siapa nama? Nama saya David. Panggil Dave je. Kalau nak senang lagi panggil lah abang. Sayang pun boleh. Lagi saya suka." sengih Dave.

Leanna hanya senyum kekok.

"Diamlah kau." Azrael menunjal kuat kepala Dave.

"Eee, cutenya Azrael kita ni cemburu ya orang usik girlfriend dia?" Dave buat aksi lembut menumbuk dada Azrael.

Sekali lagi kepala Dave ditunjal. Lelaki itu hanya ketawa besar seperti suka apabila kepalanya diperlakukan seperti itu.

"Jom, Lea." Azrael berjalan menuju ke arah meja yang betul-betul bersebelahan cermin kaca yang menyaksikan pemandangan laut.

Mata Leanna terus lekat memandang laut biru disebelahnya.

Sumpah cantik! Kenapa dia tidak tahu kewujudan cafe ini?

"Minum?" Dave muncul lagi.

Azrael memang. Dia buat cafe Dave macam kedai mamak. Padahal sepatutnya dia buat pesanan di kaunter. Ini tidak. Dave yang terpaksa bertanya ke meja. Haih, nasib member.

"Macam biasa, Iced Chocolate." Azrael senyum mengangkat kening.

"Girlfriend Azrael yang comel ni nak minum apa?" wajah Leanna pula dipandang.

Leanna mengecilkan mata memandang papan menu di kaunter.

"Iced Coffee." jawab Leanna.

"Wow, Az. Sejak bila tukar ideal type suka perempuan minum coffee ni?"

Azrael diam tidak beriak sambil mata melihat skrin iphone. Malas hendak melayan perangai gila Dave.

Sebaik saja Dave melangkah pergi, suasana meja menjadi sepi. Azrael masih dengan gadjetnya. Wajah kelihatan serius benar. Macam marah pun ada. Tapi Leanna tidak ambil kisah.

Lantas, mata dikalihkan semula menikmati laut tenang tidak jauh dari cafe itu. Lain kali dia mahu mengajak Erika datang ke sini. Buat assignment pun seronok juga.

"You nak order makanan?" soal Azrael tiba-tiba.

"Hah?" Leanna pandang wajah Azrael. Mata lelaki itu masih melekat di skrin iphone.

"Pergilah pilih mana-mana dessert ke kek dekat kaunter tu. Ambil untuk I sekali." pinta Azrael.

Suka betul arah orang itu ini. Tapi kali ini Leanna menurut dengan rela hati memandangkan dia pun teringin mahu makan kek.

Leanna berjalan menuju ke kaunter dan meninjau beberapa biji kek yang terhidang di dalam rak berkaca itu.

"Yes miss?" tegur seorang gadis muda di hadapan.

"Saya nak classic chocolate kek tu satu. Dengan cheesecake tu pun satu juga." tunjuk Leanna.

"Okay miss. Nanti saya hidangkan ke meja miss ya." beritahu gadis muda itu.

Leanna membalas dengan anggukan kecil.

"Er-miss? Saya lupa nak bagitahu."

Leanna memalingkan wajahnya semula.

"Cheesecake ni ada perisa coffee sikit. Are you okay with that? Sebab sebelum ni costumer ingat yang cheesecake ni rasanya pure cheese. Banyak yang keliru." terang gadis muda itu.

"It's okay." jawab Leanna ringkas.

Kaki dibawa kembali ke meja. Air yang dipesan tadi sudahpun terhidang di atas meja.

"Ini kek yang miss pesan." gadis muda tadi tiba bersama dulang berisi kek Leanna.

"Thanks." ucap Leanna.

"Kau ambil yang coklat punya. Aku nak yang ini." Azrael tarik piring putih berisi cheesecake agar mendekatinya.

Potongan cheesecake disuakan ke mulut.

"Oh, tadi waitress tu bagitahu yang cheesecake tu ada perisa...-

"Coffee." wajah Azrael merah padam.

"Azrael? Kenapa dengan awak?" riak Leanna berubah cuak.

"Azrael?!" Leanna pantas berdiri apabila melihat Azrael seakan kehilangan nafas. Tidak sempat Leanna menahan, Azrael sudah jatuh tersungkur di atas lantai.

"Azrael!"

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now