30| LEANNA NOA

1.7K 222 13
                                    

"Apa yang Lea dah buat belakang kakak selama ini?" terasa bergegar tubuh Davinna menahan segala amarahnya.

Bagaikan mimpi Davina mendengar ayat itu keluar dari mulut Leanna tadi. Jadi inilah punca perubahan sikap Leanna akhir-akhir ini.

"Jawab Lea! Kakak tanya Lea ni?" bentak Davinna marah. Kebisuan Leanna benar-benar menguji esabarannya.

Air mata Leanna tidak henti mengalir sejak tadi. Akhirnya apa yang ditakuti selama ini terbongkar jua.

"Kak, sabar. Bagi Lea masa untuk tenangkan diri dia dulu." Erika di sebelah bersuara.

Dia juga turut terkejut, namun belum sempat berbuat apa-apa Davinna lebih pantas menyerang. Erika tahu Leanna pasti enggan Davinna mengetahui hal ini. Tapi, akhirnya lain pula yang jadi.

"Bagitahu kakak sekarang, siapa yang buat Leanna sampai jadi macam ni? Siapa ayah kepada anak dalam perut Lea tu?" tanya Davinna lagi.

Sedaya upaya Davinna cuba mengawal segala marahnya yang kian bermaharajalela di dalam diri. Kalau diikutkan hati, mahu saja tangan ini sampai ke wajah Leanna biar adiknya membuka mulut.

"Jawab soalan kakak, Lea!" sakit hatinya melihat Leanna hanya diam dari tadi.

Kini, bukan tangisan Leanna yang diperlukan tapi penjelasan dari mulut gadis itu sendiri.

"L-lea minta maaf, kak." Leanna menangis teresak-esak.

Erika pantas merangkul bahu Leanna mahu memberikan sedikit ketenangan kepada sahabat baiknya.

"Lepas pregnant, baru Lea nak minta maaf dekat kakak? Selama ini, Lea tunjuk baik depan kakak tapi rupanya ini kerja Lea." Sedaya upaya Davinna cuba menahan air matanya.

Kecewa. Sumpah, dia kecewa dengan Leanna.

"Kakak korban segalanya untuk besarkan Lea supaya Lea tak jadi macam ibu dengan abang. Ini balasan Lea untuk kakak? Apa salah kakak, Lea? Apa salah kakak sampai Lea hancurkan hati kakak?" air mata akhirnya tumpah jua.

Marah, sedih, kecewa. Semua perasaan itu sedang memukul hati Davinna.

Air mata Leanna semakin laju mengalir. Perlahan kaki dibawa menuju ke arah Davinna dan melutut di hadapan kakaknya. Tangan Davinna di ambil dan dilekap pada dahi.

"Lea minta maaf, kak. Lea memang salah. Lea berdosa pada kakak sebab Lea dah tipu kakak hidup-hidup tapi semua yang dah berlaku ni disebabkan-"

'Ting!'

Bunyi loceng memintas penjelasan Leanna.

Siapa yang datang tak kena masa ni?

"Biar Erika yang buka." Erika mempelawakan diri lalu melajukan langkah ke arah pintu masuk.

"Maaf ya, tuan rumah tak nak di ganggu-" Erika yang tertunduk membuka pintu lantas terkejut sebaik melihat dua figura yang sedang berdiri di situ.

"A-aunty? Az?"

"Davinna dengan Lea ada di rumah?" soal Datin Eliza.

Erika serba salah untuk menjawab. Nak halau tapi tak sampai hati pula. Tambah pula, ini bukan rumah dia juga sampai sesukahati nak suruh tetamu balik.

"Ada aunty tapi sekarang-"

"Siapa yang datang, Erika?" Davinna pula muncul di muka pintu.

"Datin..." wajah Davinna berubah terkejut melihat kehadiran mereka.

"Boleh I dengan Az masuk? Ada benda yang I nak bincang dengan you. Sangat penting." beritahu Datin Eliza. Reaksinya tampak terdesak.

"Hal penting apa ni, Datin?" wajah Datin Eliza dan Azrael di pandang silih berganti.

"Fasal Lea dan Azrael."

Erika dan Davinna saling berpandangan sebelum Davinna membenarkan kedua orang tetamunya masuk ke dalam rumah.

Sebaik melihat kelibat Azrael, jantung Leanna Bagai direntap hebat. Wajahnya berubah cuak. Apa yang lelaki itu buat di sini?

Sempat mata mereka bertentangan sebelum Leanna tunduk. Dia mahu melarikan diri dari sini namun kaki seakan melarang.

"I akan berterus terus saja pada you, Davinna." tutur Datin Eliza sebaik mereka mengambil tempat duduk di ruang tamu.

Suasana jadi hening seketika menunggu Datin Eliza mengatur kata. Wajah Leanna di hujung di pandang sekilas sebelum membuka mulut.

"I datang sini dengan niat nak kahwinkan Azrael dan Leanna."

"Apa Datin cakap ni?" Davinna pantas berdiri. Terkejut bercampur marah.

Cukuplah kepala dia pening dengan hal Leanna tadi. Jangan ditambah lagi.

"Azrael dah cerita semuanya pada I. Tentang kehamilan Leanna. Jadi I dan Az datang ke sini sebab Az nak-"

"Jadi, kau yang dah hancurkan hidup adik aku?!" Davinna terus meluru ke arah Azrael. Kolar baju lelaki itu dicengkam kuat.

"Kau memang lelaki tak berguna, Azrael!" melihat mata Davinna seakan mahu membunuh Azrael di situ juga.

"Kak..." serentak Leanna dan Erika berlari mendekati Davinna untuk meleraikan.

"Davinna, please dengar penjelasan I dulu." rayu Datin Eliza. Ini pertama kalinya dia melihat Davinna yang lemah lembut selama ini berubah ganas.

Iyalah, kakak mana yang boleh tenang kalau di dalam situasi begini.

"Lepas!" bentak Davinna. Matanya masih tajam melihat Azrael yang hanya mendiamkan diri.

"Saya nak dengar penjelasan dari mulut Azrael, bukan datin." Davinna cuba merasionalkan diri.

"Betul dia yang mengandungkan Lea?" tanya Davinna menunding ke arah Azrael.

Lambat Leanna mengangguk. Air mata kembali menemaninya lagi.

Davinna meraup rambut ke belakang. Tuhan, dugaan apakah ini?

"Saya nak kahwin dengan Lea, kak." Azrael tiba-tiba bersuara.

"Semua yang dah berlaku memang salah saya. Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, janji pada mama yang saya akan bertanggungjawab dan perbetulkan segala kesilapan saya. Besar dosa saya pada Lea."

Mata Azrael dan Leanna bertemu lagi.

"Jadi, saya harap sangat kakak restui saya untuk menikahi Lea. Saya akan jaga dia lebih dari nyawa saya sendiri."

"Dan yang paling penting, I nak kita sama-sama besarkan anak kita, Lea..."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now