9| LEANNA NOA

4.5K 291 13
                                    

Leanna menangis lagi. Segala apa yang telah terjadi di antara dia dan Azrael pada malam itu diluahkan. Jujur Leanna rasakan dia sedikit lega kerana dapat menceritakan tentang hal ini kepada seseorang.

"I'm sorry, Lea." ucap Erika lalu memeluk Leanna begitu erat.

"Ini semua memang salah aku. Kalau lah aku tak curi-curi keluar rumah malam itu, kau tak akan cari aku di sana. Dan semua ini tak mungkin berlaku. Aku memang kawan kau yang tak guna. Aku jahat pada kau sampai kau terpaksa tanggung semua ini." esakan Erika semakin kuat di bahu Leanna.

Leanna cuba mengukir senyuman walaupun terasa pahit.

Bahu Erika ditolak lembut mahu meleraikan pelukan mereka.

"Benda dah jadi pun, Erika. Aku cuba untuk pasrah." luah Leanna.

"Kau tak boleh pasrah, Lea. Semua ini terjadi bukan atas kehendak kau. Azrael dah rogol kau kan?" suara Erika kedengaran tegas pula.

"Tak Erika." Leanna menggeleng kepala menafikan.

"Azrael tak rogol aku. A-aku sendiri yang rela. Macam apa yang aku cerita tadi, malam tu aku langsung tak sedar dengan apa yang aku dah buat tapi aku ingat semuanya." Leanna cuba menahan tangis.

Erika senyap seketika. Kasihan sahabatnya.

"Awalnya, aku memang marah pada kau. Tapi bila aku fikir-fikir balik, kalau aku marah pada kau sekalipun apa yang aku dapat? Lagipun benda yang jadi ni bukan disebabkan kau. Kau tak tahu apa-apa. Aku minta maaf sebab aku dingin pada kau. Aku cuma serba salah dengan diri aku dan Kak Davinna tapi kau pula yang jadi mangsanya." wajah Erika ditatap.

"Kak Davinna tak tahu soal ini?" soal Erika.

Pantas kepala Leanna menggeleng.

"Kau tak boleh bagitahu siapa-siapa fasal ini. Aku tak nak Kak Davinna tahu. Biar ni jadi rahsia kau dengan aku. Okay?"

Erika angguk laju.

"Kau jangan risau." Erika senyum kecil sambil mengusap bahu Leanna.

"Aku masih sakit hati dengan Jaden tu. Mulut dia kan aku rasa macam nak koyak dengan pisau saja. Azrael pun satu. Yang dia pergi cerita dekat Jaden mulut tempayan tu dah kenapa? Bila aku tengok perangai buruk dia tu, tiba-tiba aku bersyukur pula tak jadi kahwin dengan lelaki tu. Tak sanggup lah aku ada suami macam Jaden." luah Erika panjang lebar.

"Baguslah kalau kau dah sedar." Leanna turut lega apabila Erika mula membuka mata melihat perangai sebenar Jaden.

"Tapi kan Lea, aku rasa fasal apa yang berlaku di antara kau dengan Azrael tu yang tahu cuma aku, Marcel dan Jaden saja. Ya, mulut Jaden memang mulut tempayan tapi sepanjang aku kenal diaorang bertiga, apa-apa saja rahsia diaorang bertiga saja akan tahu." cerita Erika.

"Habis tu yang Jaden pergi heboh dekat kau tu kenapa pula?" soal Leanna tidak berpuas hati.

Erika buat gaya sedang berfikir.

"Mungkin dia rasa aku pun patut tahu? Aku kan kawan kau? Atau dia ingat aku pun dah tahu fasal apa yang dah jadi antara kau dengan Azrael?" tebakan Erika itu seperti satu sindiran buat Leanna.

"Hm yelah. Aku minta maaf. Sepatutnya aku bagitahu kau awal-awal." Leanna buat riak sedih.

Erika ketawa kecil.

"Alah, aku gurau saja lah." bahu Leanna dilanggar.

"And one more thing, aku tiba-tiba curious pula ni..." Erika terdiam seketika sambil mata memerhati pintu bilik sebelum kembali menatap Leanna semula.

"Apa dia?"

"Azrael tu hebat tak di ranjang? Mesti kau masih ingat kehangatan tubuh Azrael serta sentuhan sensasi dan seksi Azrael di setiap inci tubuh kau...-"

"Hey! Kau merepek apa ni?!" mata Leanna terbuntang luas mendengar soalan Erika. Tangannya pantas menampar kuat bahu gadis itu tanda geram. Melampau betul!

"Aku pun nak tahu, Lea." Erika menggoncang lengan Leanna.

"Kau ni dah kenapa gatal sangat?" marah Leanna lagi.

Erika tersengih panjang.

"Aku bukan gatal. Tapi aku curious. Aku rasa bukan aku sorang saja macam ni bila dapat tahu Azrael pernah tidur dengan kau. Semua perempuan di luar sana pun sama. Kalau kau nak tahu, Azrael tu belum pernah tidur dengan mana-mana perempuan sebelum ni tau. Girlfriend dia si Natasya tu pun aku tengok dah macam gatal sangat sampai cari lelaki lain untuk layan dia atas katil sebab Azrael tak nak tidur dengan dia." Erika mula membuka cerita.

"Eleh kau pun. Mana kau tahu Azrael tu tak pernah tidur dengan perempuan? Kalau dia dah tidur dengan mana-mana perempuan sekalipun, tak kan dia nak kena bagitahu satu dunia pula? Tak percaya lah aku. Jaden dengan Azrael tu lebih kurang sama saja." beritahu Leanna tidak puas hati.

"Aku kenal Azrael tu dari kecil tau. Family dia dengan family aku business partner dan rapat sejak dulu lagi. Prinsip Azrael tu satu saja. No sex before marriage. Everyone knows that, Lea." jelas Erika lagi membuatkan Leanna rasa loya tekak.

No sex before marriage kepala otak dia!

Sakit pula hati Leanna mendengarnya.

"Percaya sangatlah kau dengan prinsip Azrael tu. Susah kau nak jumpa lelaki yang betul-betul berpegang dengan prinsip itu zaman macam ni tau. Lelaki seperti itu hampir pupus." balas Leanna lagi.

"Sukahati kau lah kalau kau tak percaya." Erika mengalah. Malas dia nak berdebat dengan Leanna. Buang air liur dia saja.

"Tapi kan Lea..."

"Eh, banyak betul tapi kau hari ini kan?" potong Leanna menjeling Erika.

Gadis itu hanya tersengih panjang.

"Aku nak tahu satu saja lagi." Erika masih sengih.

"Hm, apa lagi yang kau nak tahu ni?" wajah Leanna berkerut.

"Lepas kejadian tu, kau dengan Azrael tak berhubung ke? Maksud aku, dia contact kau ke atau tiba-tiba esoknya dia ajak kau keluar date-"

"Tak ada." pintas Leanna cepat.

Orang lain tidak boleh tahu apa yang terjadi di antara dia dan Azrael selepas kejadian malam itu. Itu perjanjiannya dengan Azrael.

"Oh." Erika cuma angguk.

"Aku tak terkejut pun kalau Az dengan kau tak berhubung lepas malam tu. Yelah. Azrael tu muka saja handsome tapi otak dia bodoh macam Patrick Star kawan Spongebob." Erika buat muka jelek.

Leanna tertawa halus mendengar perumpamaan Erika.

Patrick Star? Macam-macam.

"Bodoh kenapa?" soal Leanna.

"Bodoh lah. Girlfriend dia Natasya tu dah berkali-kali curang, kantoi tidur dengan lelaki lain tapi si Azrael masih juga nak terima dia. Katanya Natasya tu nak berubah lah tapi tak ada beza pun. Sejuta kali Natasya curang sejuta kali tu juga lah Azrael akan maafkan perempuan gatal tu. Tak ke bodoh namanya tu?" Erika geleng kepala.

"Love is blind, Erika." kata Leanna.

"Memang buta sampai tengok perempuan yang sepuluh juta kali lawa macam kau ni pun Azrael tak cair. Tak faham aku. Kalau difikir-fikirkan kau dengan Azreal cute apa-"

"Wo, Erika!" Leanna bangkit dari posisi meniarap.

"That's too much. Aku dengan Azrael?" tawa sinis meletus.

"No way, woman." membayangkan hal itu membuatkan tekak Leanna menjadi loya.

Muntah hijau!

"Eleh, jangan nak no way no way sangatlah dekat aku. Sekali Azreal tu lah bakal suami kau suatu hari nanti. Padan muka!" Erika ketawa besar.

"Erika!" belakang tubuh sahabatnya dipukul sekuat mungkin.

Semoga saja Tuhan tidak mengabulkan kata-kata mengarut Erika itu.

Kata-kata itu satu doa tau?

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now