21| LEANNA NOA

1.5K 122 0
                                    

"Macam mana ni kak?" soal Leanna menggigit jari sambil memerhati Azrael yang masih tidak sedarkan diri di atas katil.

"Macam mana apa? Biarlah dia tidur di sini dulu." balas Davinna. Tangannya sibuk menyelimut tubuh Azrael.

Leanna mendengus geram mendengar jawapan Davinna.

Tidur sini?!

"Kakak call lah Datin Eliza tu suruh driver dia ke atau siapa-siapa ambil anak dia ni. Kakak pun satu. Sukahati saja biar orang luar tidur rumah kita. Kalau dia buat benda tak elok nanti macam mana?" sebolehnya dia tidak mahu Azrael berada dekat dengannya lagi-lagi apabila Azrael tidur di rumah ini.

"Malam dah ni, Lea. Mama Azrael pun rasanya dah tidur sekarang. Kan dah mengganggu orang pula nanti. Lagipun tak akan kita nak biarkan Azrael ni tidur tepi jalan. Nasib baik kita jumpa dia. Apa salahnya dia tidur sini sekejap. Lea tak payah risau, okay? Pagi esok kakak call Datin Eliza tu ambil anak dia di sini." terang Davinna membuatkan hati Leanna bertambah geram.

Wajah tenang Azrael yang sedang tidur itu Leanna jeling tajam.

Menyusahkan betul!

Dia dan kakaknya macam orang gila memapah lelaki itu ke rumah mereka. Lepas itu dia pula sedap-sedap tidur sampai tak ingat dunia.

"Lea tolong carikan baju abang Heidi dalam almari tu untuk Azrael pakai." arah Davinna.

"Tak payah lah kak. Dia pun macam tidur mati saja ni. Tak ada masa nak tukar-tukar baju bagai. Kita dah bagi dia tidur sini pun dah cukup bagus tau."

Ingat aku ni orang gaji dia ke apa?

"Tak apa lah. Letak saja baju tu dekat sebelah dia. Mana tahu Azrael tiba-tiba terbangun tengah malam nanti. Tak selesa dia pakai baju dia tu. Nanti Lea cari eh? Kakak nak turun bawah kejap." pinta Davinna lagi lalu mula melangkah keluar dari bilik tidur kepunyaan abang mereka.

"Hish!" Leanna mendengus untuk kesekian kali.

Kaki dihentak kasar sebelum bergerak menuju ke almari coklat di sudut bilik tidur tersebut. Mulut terkumat-kumit mengutuk Azrael sambil tangannya sibuk mencari t-shirt lama yang sudah tidak digunakan oleh abangnya.

Sejak Heidi meninggalkan mereka berdua demi perempuan tak guna itu, Leanna langsung tidak mempedulikan semua barang milik abangnya di dalam rumah ini apatah lagi mahu melangkah masuk ke dalam bilik tidur lelaki itu.

Hanya kerana dibutakan oleh cinta, Leanna dan Davinna ditinggalkan begitu saja tanpa khabar berita dan langsung tidak dihiraukan sehingga sekarang.

T-shirt hitam yang tercapai di tangan Leanna terus ambil dan diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katil.

Setelah itu, Leanna mahu melangkah pergi. Namun esakan kecil Azrael menghentikan kakinya dari pergi.

Wajah Azrael itu Leanna renung lama.

Leanna memang tidak salah dengar.

Azrael menangis.

Kepala yang tidak gatal digaru.

Azrael sedang mimpi apa sehingga dia boleh menangis dalam tidur seperti apa yang dilihat sekarang?

Melihat keadaan Azrael itu mengundang rasa serba salah di hati Leanna.

"Nak kejutkan ke?" soal Leanna sendiri.

Azrael tidak henti meracau nama Natasya dalam tidur.

Leanna duduk di birai katil.

Perlahan tangan menepuk bahu Azrael cuba mengejutkan lelaki itu dari mimpi buruk.

"A-azrael? Az?"

"Hmm..."

Mata Azrael masih terpejam rapat.

"Azrael, bangun-"

"Lea?"

Mata Azrael tercelik luas.

Leanna sedikit terkejut.

Menyesal pula pergi kejut mamat ni.

"T-tadi awak mengigau, jadi s-saya cuba kejutkan awak-"

Lidah menjadi kelu sebaik saja dia merasakan tangan hangat Azrael menjalar di tangannya.

"Kenapa you selalu ada dalam mimpi I, Lea?" soal Azrael perlahan.

"Hah?" Leanna tidak mengerti.

"Az, awak tak bermimpi. Saya memang ada depan mata-"

Tiba-tiba Leanna terjeda buat seketika.

Ya, lebih baik kalau dibiarkan saja sangkaan Azrael itu bahawa sekarang dia sedang bermimpi daripada Azrael tahu yang Leanna memang betul-betul berada di sini bersamanya.

Lagipun sekarang dia sedang mabuk kan?

"You teman I ya, Lea?" pinta Azrael lembut.

Ha sudah. Teman teman ni lah yang Leanna tak mahu. 'Teman' Azrael ini bukan boleh percaya sangat.

"Awak tidur saja di sini-"

Azrael memperkemaskan lagi tangan Leanna di dalam genggamannya sebelum dibawa ke bibir lalu dikucup sekilas.

Sekali lagi, Leanna terkejut dengan tindakan Azrael.

"Azrael-"

"Please don't go." pinta Azrael. Tangan Leanna dipeluk seperti memeluk teddy bear.

Belum sempat Leanna mahu melepaskan tangannya semula, Azrael sudah nyenyak tidur. Tangan Leanna pula dipeluk erat seakan tidak membenarkan Leanna berganjak sedikit pun dari situ.

Sebelah tangan Leanna mahu menumbuk Azrael.

Geram betul.

Apa kena dengan lelaki ini sebenarnya? Ada saja cara dan akal Azrael mahu menyusahkan hidupnya.

Haih, kalau Davinna tengok ni. Mati aku.

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now