4| LEANNA NOA

5.8K 276 8
                                    

"Vanilla..."

Azrael senyum sendiri. Tidak pernah dia rasa sebahagia ini.

Sentuhan Leanna. Suara manja Leanna.

Semuanya seakan masih segar dirasakan.

Melihat kehadiran Leanna yang tidur nyenyak di dalam pelukannya pagi tadi menyedarkan Azrael bahawa semalam bukan hanya sekadar mimpi tapi realiti. Realiti paling indah!

"Senyum macam orang gila ni mesti ada apa-apa kan?" Jaden tiba-tiba muncul.

"Sibuk saja si setan ni." Azrael menunjal kepala Jaden.

Wajah Azrael berubah serius.

"Aku belum buta lagi, Az. Dari jauh aku dah tengok muka kau tersengih-sengih macam orang tak betul. Aku perati saja kau dari tadi. Tak payah malulah, Az. Aku sedia mendengar." Jaden mengangkat kening berkali-kali bersama sengihan di bibir.

"Ian mana?" soal Azrael mengubah topik.

"Az." Jaden langgar bahu Azrael. Soalan Azrael tadi dibiar tanpa jawapan.

"Apa dia kau ni?" Azrael menjeling Jaden.

"Betul tak nak cerita dekat aku?" soal Jaden lagi.

Azreal mendecit geram.

"Cerita apa, gila? Kau ni pagi-pagi lagi dah merepek." iphone di dalam poket seluar diambil untuk cuba membuang fokus ke tempat lain.

Bab-bab mengorek cerita ini, Jaden memang pakar.

"Cerita fasal kau bawa Leanna balik apartment kau semalam?"

Pergerakan jari Azrael yang menyentuh skrin iphone tiba-tiba beku. Dengan pantas, kepala terus dipalingkan memandang Jaden yang senyum meleret ke arahnya.

"Kau-"

"Aku nampak kau balik dengan dia. Sebab itu lah aku nak dengar sendiri cerita dari mulut kau. So, kau dengan Lea..." leretan senyum Jaden semakin panjang.

Azrael faham akan senyuman itu. Dan dia sendiri juga tidak mampu mengawal riak lalu turut tersenyum.

"Bro! You nailed it! Amazing!" Jaden bertepuk tangan kerana terlalu teruja. Tangan kanan diangkat tinggi menunggu balasan high-five nya.

Azrael ketawa kecil dan menepuk kuat telapak tangan Jaden.

"Well done, brother. Aku pun sebenarnya dah lama nak usha si Lea tu tapi nampaknya kau rembat dia dulu dari aku. So tahniah atas 'kejayaan' kau."

Azrael hanya ketawa.

"So how is it? Tak nak share momen-momen terindah malam tadi?" bisik Jaden perlahan.

Azrael memang hebat. Sepanjang bersama Erika dahulu hampir saja dia ingat Leanna itu lesbian. Mana taknya, asyik menempel dengan Erika saja. Bersosial pun hanya dengan perempuan. Kalau tengok lelaki macam tengok pokok saja.

Tapi kini Azrael sudah mampu menjinakkan kucing yang liar.

"Sibuklah. Jaga tepi kain sendiri sudah." balas Azrael.

"Tapi kain kau ni mahal. Aku nak tahu juga." Jaden memaksa.

Azrael menggeleng kepala. Pergi mampus lah dengan Jaden. Lelaki itu memaksa dia macam mana sekalipun dia tidak akan membuka mulut.

"Well, speak of the devil!." bisik Jaden.

Mata Azrael mengekori arah pandangan mata Jaden.

"Okaylah. Aku gerak dulu. Pergi lah sapa. Mana tahu malam ni dapat lagi." Jaden ketawa lalu mengangkat punggung meninggalkan Azrael.

LEANNA NOAWhere stories live. Discover now