BAB 1

354 6 1
                                    

Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. Anna masih lagi berada di hadapan komputernya. Ada satu kisah yang telah menarik perhatiannya sehingga dia langsung tidak merasa mengantuk. Hutan yang berada di kampungnya itu digelar Hutan Puaka. Dia pernah dengar kisah itu dari mulut neneknya sendiri semasa dia kecil. Neneknya sentiasa menghalangnya memasuki hutan itu.

Baru-baru ini dia mendengar desas desus mengatakan Hutan itu telah 'menelan' beberapa remaja yang memasukkinya. Rasa ingin tahu Anna semakin membuak. "Seriously, hutan ni betul-betul berpuaka?Menarik! " ujar Anna sendiri.

Dia tersenyum lalu mengambil phonenya dan menaip sesuatu.

🌳🌳🌳

"Gila!" jerit Raisa. Yang lain hanya melihat Raisa mondar-mandir. "Apa yang gila?" tanya Anna. Raisa duduk disebelah Anna. "Kau la. Gila ke? Dah tahu orang tua cakap hutan tu macam itu, kau lagi nak masuk? Ha, yang korang semua ni setuju jugak? marah Raisa.

"Aku follow je. Lagipun, kita bukan tahu sama ada apa yang dicakap orang-orang tua dulu betul ke tak. Semuanya desas-desus daripada mulut orang sahaja. Kalau kita dapat rungkaikan, mesti kita jadi famous nanti." ujar Hidayah. Raisa menggeleng. Anna tersenyum.

"Okay! Macam ni, aku tak paksa tau korang. Ikutlah, yang mana nak ikut, ikut. Yang mana takut sangat tu, tak payah la ikut. Duduk saja la di rumah waktu cuti sem ni." ujar Anna. Jimmy, Rihana, Hidayah, Akim, Riduan menangguk setuju.

Raisa melepaskan keluhan. Dia melihat Adam. Adam melihatnya juga. "Ikut ajala ye Raisa. Aku rasa tak ada apa pun. Yang ini boleh jadi pengalaman bersama kita semua." pujuk Adam. Hidayah mengangguk setuju. Raisa menyepi seketika dan akhirnya dia menangguk juga.

HUTAN PUAKA Where stories live. Discover now