BAB 10

126 4 1
                                    

"Anna. Angkat beg kau, kita keluar dari Hutan Puaka ni sekarang." ujar Raisa. Anna memandang Raisa lama. "Kau sanggup nak tinggalkan Hana di sini? Bukan dia kawan paling rapat kau ke? Akim lagi, Hidayah lagi. Kau sanggup? " tanyanya. Raisa terdiam seketika. "Nanti kita akan minta bantuan pada polis dan juga orang kampung terdekat sini." beritahu Raisa. Anna tergelak. "Kau rasa orang kampung nak tolong? Polis? Kau rasa diaorang akan jumpa ke yang hilang semua ini?" sinis Anna.

Raisa hanya mendiamkan dirinya sahaja. "Sudahlah aku malas nak bergaduh lawan cakap dengan kau. Sekarang ni jom. Dioarang dah tunggu kat luar aku rasa tu." ujar Raisa dan terus pergi. Anna mengambil begnya dan mengikuti Raisa.

"Adam kau betul nak tinggal sini?" tanya Jimmy. Adam mengangguk. "Korang memang akan patah balik bersama dengan bantuan kan? Jadi tiada masalah aku rasa. Korang akan ambil aku dengan kawan-kawan yang hilang lain." ujar Adam. Jimmy mengangguk.

Mereka berempat terus bergegas merentas laluan hutan yang dimasuki mereka pada hari pertama untuk pergi ke van yang ditinggal mereka.

🌳🌳🌳

Tangan dan kaki diikat. "Aduh! Sakitnya kepala aku! Siapa ikat aku ini? Ah! Sakitnya kaki aku! Ah aduh! Ergh! Siapa, siapa! Tolong!! Adam!! Tolong!" ujar Hidayah sambil meronta-ronta dalam keadaang berbaring untuk melepaskan dirinya. Dia melihat ke hadapan. Kelihatan Akim dan Raihana yang dalam keadaan tak berdaya.

"Hana! Akim!" panggil Hidayah. Akim melihat Hidayah. "Dia. Dia jahat. Kejam." ujar Akim lemah. "Siapa?" tanya Hidayah pelik. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh ada di situ. Dia hanya ingat pada malam itu dia sudah tertidur. Dan sedar berada di sini.

🌳🌳🌳

Mereka sudah tiba di Van yang dipandu mereka pada awal datang sini. "Masuk cepat. Hari dah sudah makin gelap ni." ujar Riduan. Jimmy duduk di tempat pemandu. Dia cuba menghidupkan enjin. Tapi tidak boleh!

"Ahhh bodoh!" rengusnya geram. "Kenapa? Tak boleh start?" tanya Raisa cemas. "Tak boleh! Siot la!" marahnya lagi. "Cuba lagi sekali la Jimmy." arah Anna. Mereka semua mula panik. "Aku tengah cuba la ni! Kau tak nampak van ni tak boleh hidup pun!" marahnya lagi. "Sudahlah jom masuk balik!" arah Riduan. Mereka semua turun.

"Masuk balik? Aku takut lah." ujar Raisa. "Habistu kau nak buang masa kat sini? Tinggal Adam seorang diri dalam itu? Macam itu?!" marah Anna. Jimmy memandang Raisa. "Kau kan memang jenis pentingkan diri sendiri ke apa? Daripada awal masalah ni muncul kau kira nak balik sahaja! Lepastu semua yang hilang itu! Dah kau kalau nak tinggal tak mahu masuk, tinggal sini! Aku nak masuk balik!" ujar Jimmy dan terus pergi. Anna merengus dan mengikuti Jimmy.

Riduan memandang Raisa. "Jom. Tak akan kau nak duduk sini seorang? Ikut." ujar Riduan dan dikuti anggukan Raisa.

HUTAN PUAKA Where stories live. Discover now