BAB 9

133 5 0
                                    

Anna terdengar suara Adam menjerit. "Jimmy! Adam menjerit minta tolong tu." ujarnya. Jimmy menggeleng. "Tak dengar pun. Fokus boleh Anna. Kita cari dulu member kita yang hilang sekarang." ujar Jimmy. Anna menggeleng. "Kau cari! Aku nak pergi tengok Adam." ujar Anna dan terus pergi meninggalkan Jimmy. "Hoi! Kita tak boleh berpecah la gila!" panggil Jimmy tapi hanya diendahkan sahaja.

Anna melihat sekeling dan kelihatan Adam yang terduduk disitu. "Adam!" jeritnya dan terus berlari menuju ke lelaki itu. Adam melihat Anna. "Anna! Kaki aku sakit sangat. Bantu aku bangun" pinta Adam. Anna mengangguk. "Sini, letak tangan kau di bahu aku." arahnya. Adam menuruti. Adam sudah berjaya bangun. "Kau boleh papah aku ke ni?" tanya Adam risau. Anna mengangguk. "Boleh!" ujarnya dan mereka terus berjalan ingin kembali ke rumah. "Anna, jangan patah balik. Jom kita cari Hidayah dulu." arah Adam.

Anna merengus. "Jangan jadi bodoh lah! Kau dah sakit ni! Berjalan pun kena papah macam ini! Lagi nak fikir Hidayah!" marah Anna. "Aku okey la! Aku jatuh sikit je! Kita tak boleh pentingkan diri." ujar Adam. Anna mengeluh dan menolak Adam sehingga terduduk. "Sikit? Ha bangun la sendiri! Cuba berjalan sendiri!" marah Anna. Adam mengaduh. "Sorry. Okey, tolong aku bangun." ujarnya perlahan. Anna merengus dan menarik Adam semula.

🌳🌳🌳

Riduan dan Raisa masih terus mencari. Tetapi kelibat bayang dan segala klu masih mereka tidak temui! Raisa yang sedang berjalan tersadung dan terjatuh juga. Kakinya luka. "Ya Allah kau! Aish hati-hati la!" tegur Riduan sambil mencuba mengangkat Raisa.

RAISA mengaduh sakit. "Aku penat. Kita balik boleh. Sudah berapa lama kita cari." ujar Raisa. Riduan angguk. Mereka berdua juga pulang.

🌳🌳🌳

Anna membawak air kepada Adam. "Nah minum."ujarnya. Adam mengambil dan meneguk air itu. Tidak lama kemudian Raisa dan Riduan juga pulang ke rumah.

"Adam?! Kau okey tak?" tanya Riduan cemas melihat keadaan lelaki itu. Adam sekadar mengangguk. "Jimmy mana?" tanya Raisa kepada Anna. "Dia masih mencari lagi. Tadi aku pergi tengok Adam, dia jatuh." ujar Anna. Raisa mengangguk faham walaupun risau kerana Jimmy berseorangan diri sekarang.

"So macam mana? Terus mencari, atau kita balik dulu dan cuba panggil orang kampung terdekat sini untuk minta bantuan? Atau polis? Nak call pun line tiada disini." ujar pendapat Riduan. Adam menggeleng. "Korang nak balik lah, aku tunggu sini. Mana tahu Hidayah tiba-tiba balik ke rumah ni semula. Aku dah janji tak akan tinggalkan dia walaupun dia hilang." ujar Adam lemah.

Raisa dan Riduan mengeluh. Semua disitu mengetahui Adam bukan sekadar menganggap Hidayah itu sebagai kawan rapatnya sahaja malah lebih daripada itu. Anna mencebik.
"Lepastu? Kita kena risiko kan diri kita disini?" sindir Anna. "Macam aku kata, korang balik dulu dan minta bantuan. Aku tinggal sini." terang Adam. Anna tersenyum sinis. "Bodoh. Kau ingat dalam keadaan kau sekarang ni, kau mampu nak tolong kawan-kawan kita tu walaupun kau tinggal sini? Lepastu apa? Kau pulak hilang?" marah Anna. Riduan yang melihat keadaan semakin tegang dia mula mencegah. "Sudah! Tak perlu nak bertekak. Sekarang tunggu Jimmy balik dulu." ujarnya. Raisa mengangguk.

Anna sekadar mendiamkan diri dan terus berlalu pergi ke bilik tidur. Tidak lama berapa minit, Jimmy muncul dengan keadaan lelah. "Huh! Aku tak tahu mana lagi nak cari!" rengus Jimmy. Yang lain sekadar mengeluh. "Jimmy, kita balik dulu minta bantuan nak?" tanya Riduan. Jimmy memandang Riduan lama seakan-akan memproses cadangan Riduan itu. "Yang lain setuju ke?" tanya Jimmy. Raisa mengangguk. Dia memang mahu pulang. Dia tidak mahu tinggal di Hutan Puaka ini lagi!

"Okey! Then, kita gerak dulu. Panggil orang kampung terdekat sementara tunggu polis. Mesti orang kampung sini tahu selok belok tentang Hutan ni kan." ujar Jimmy. Mereka mengangguk. "Jom! Raisa kau pergi panggil Anna. Angkut barang korang." ujar Riduan. Raisa mengangguk dan terus pergi.

HUTAN PUAKA Where stories live. Discover now