BAB 17

103 3 3
                                    

Anna memegang wajah Adam. "Kau handsome sangat. Baik. Lelaki pertama yang tegur aku waktu University. Tapi, kenapa kau pandang aku hanya sekadar sebagai kawan Adam? Apa beza aku dengan Hidayah? Kenapa kau lebih perhatikan dia daripada aku?" tanya Anna sambil menangis. Adam hanya menyepi dan membiarkan gadis itu memegang wajahnya. Lalu dia senyum semula.

"Aku boleh lepaskan dioarang. Kau kena bagitahu diaorang untuk rahsiakan semua ni. Anggap ini mimpi ngeri. Lepastu, kau kena kahwin dengan aku, hidup dengan aku. Boleh Adam?" luah Anna. Adam mengemam bibirnya dan mengangguk. "Bawak aku jumpa mereka sekarang." ujar Adam. Anna mengangguk dan memapah Adam.

Adam melihat rumah yang Anna membawanya. "Kau simpan mereka dekat sini?" tanya Adam. Anna mengangguk. "Tapi, kenapa Jimmy dan Riduan kau bunuh?" tanya Adam pelik. "Sebab, mereka annoying. Kau tahu kan, mereka selalu ejek aku sebelum kau mula berkawan dengan aku, and kita semua berkawan. So itu layak lah dengan mereka." ujar Anna sambil tersenyum puas. Adam menggeleng. 'Sah gila. Aku tak akan lepaskan kau Anna, kau kena bertanggungjawab atas semua yang kau lakukan' desis hatinya.

Adam terus bergegas ke dalam. Dia terkedu melihat keadaan mereka semua. Dia pergi ke Hidayah. Anna berdiri di muka pintu. "Hidayah! Kau okey?" tanya Adam. Hidayah tersenyum melihat Adam. "Adam, kau tahu kan dia jahat?" tanya Hidayah lemah. Adam mengangguk lemah dan menangis melihat keadaan Hidayah begitu. "Jauhkan diri daripada dia. Sebelum tu, tolong tengok Hana and Akim. Sebab tadi dioarang dah berhenti bergerak." pinta Hidayah. Adam mengangguk dan terus pergi ke Akim. Akim sudah tidak bernyawa! Adam berlalu pula ke Raihana. Raihana juga!

Adam terduduk menangis. Anna tergelak sinis. "Sanggup kau Anna. Semata-mata kau nak rasakan macam mana rasanya membunuh seseorang, kau sanggup buat semua ini? Mana akal waras kau? Akim, Hana, Jimmy, Riduan mati ditangan kau. Sanggup kau buat semua ni Anna!" tanggis Adam. Hidayah hanya terbaring lemah melihat keadaan Adam. Dia juga menangis apabila mendengar ketiadaan kawan baiknya semua.

"Aku seronok tengok mereka terseksa. Bila mereka menangis memohon untuk dilepaskan. Bila tengok darah yang mengalir. Aku seronok. Tapi, aku janji akan tinggalkan semua ini kalau kau bersama aku." ujar Anna. Adam berdiri. "GILA!" jerit Adam. Anna merengus geram. "Aku tak suka orang panggil aku gila Adam!" marah Anna. "Tapi itu hakikatnya Anna! Kau gila! Tiada manusia yang waras mahu buat semua benda bodoh ni dan berasa seronok lah!" tengking Adam.

Anna menangis. "Ya aku gila! Memang gila! Kau tiada di tempat aku! Kau tahu, dari aku lahir, ibu bapa aku seksa aku! Kalau aku mampu bertahan sehingga sekarang, kenapa mereka semua ni tak mampu? Lemah!" ujar Anna. "Kau dah janji akan kahwin dengan aku kan?" tanya Anna sambil memandang Adam tajam. Hidayah melihat Adam. Adam melihat Hidayah. Adam menggeleng. "Aku tak akan kahwini perempuan macam kau. Satu-satunya perempuan aku cinta ialah Hidayah!" ujar Adam. Anna merengus geram.

Anna pergi ke Hidayah dan menendangnya. "argh!" jerit Hidayah. "Stop Anna! Stop!" ujar Adam panik. "Kalau dia mati, baru kau akan cintakan aku?" tanya Anna. Adam kelu! "Lepaskan Hidayah dulu." pujuk Adam. "Kau ingat aku bodoh? Kalau aku tak boleh dapat kau, tiada siapa akan dapat kan kau!!!" jerit Anna lalu dia berlari ke Adam dan menikam lelaki itu. "Adammmmm!!!!!" jerit Hidayah. Mulut Adam terkeluar darah. Adam memandang Hidayah. Lalu terjatuh terbaring. Air matanya mengalir dipipi. Lalu matanya tertutup secara perlahan.

Anna berpaling pada Hidayah. "Puas? Sakit tak?" tanya Anna. Hidayah memandang Anna dengan penuh marah. Tapi apakan daya. Dia sudah tiada kekuatan mahu berlawan dengan Anna lagi. "Kau jahat! Kejam! Gila! Kau bunuh orang yang kau cintakan. Kau tak akan pernah bahagia Anna!" ujar Hidayah. Anna tersenyum sinis. "Aku bahagia jika aku tidak tengok kau dengan Adam bersama." ujar Anna lalu terus menikam dan merobek perut Hidayah sehingga gadis itu putus nyawa.

HUTAN PUAKA Where stories live. Discover now