BAB 3

201 4 2
                                    

Mereka semua berkumpul di ruang tamu rumah itu. Hari semakin gelap. "So, nak buat apa kat sini? Lepak je?" tanya Riduan. "Aku tak fikir lagi. But aku ingat esok nak jalan dalam hutan ni. Mana tahu jumpa something ke." ujar Anna. "Gila." ujar Raisa sendiri.

Mereka hanya mengendahkan sahaja Raisa itu. "Malam ini why not kita main satu permainan dulu?" ujar Jimmy. "Main apa?" tanya Raihana. Semua mata tertumpu padanya. "Truth or Dare?" kata Jimmy. Mereka semua menangguk setuju. "Korang main lah, aku duduk dalam bilik je." ujar Adam. Hidayah melihat Adam. "Main dulu, nanti aku datang balik." ujarnya dan mengikut Adam.

Adam melihat Hidayah dan berhenti berjalan lalu berdiri dihadapan pintu bilik yang ingin dimasukinya. "Kenapa? Kau tak mahu main dengan diorang ke?" tanyanya. Hidayah menggeleng. "Aku pelik. Kau asyik senyap saja harini. Ada masalah?" tanya Hidayah. Adam dan Hidayah agak rapat bersama. Tiada istilah rahsia diantara mereka. "Tak. Aku okay je. Perasaan kau je kot." ujar Adam sambil tersenyum. "Serious? Kau tahu kan aku kenal sangat kau ni." ujar Hidayah.

Adam mengeluh. Dia memasuki bilik dan duduk di hujung katil. Hidayah duduk di sebelahnya. "Aku tak nak masuk hutan ni, aku tak setuju dengan plan ni." luahnya. Hidayah mengerutkan dahi. "Lepastu? Yang kau setuju nak ikut tu dah kenapa? Kau boleh je lepak dengan Raisa kalau kau tak mahu ikut sini. Tak ada lah bosan. Kalau kau tak ikut mesti Raisa tak ikut juga." kata Hidayah.

Adam menggeleng. "Aku ikut sebab kau. Tak akan aku nak biar kau dekat sini? Kalau jadi apa-apa macam mana?" marah Adam. Hidayah tergelak. "Sayang jugak kau dengan aku kan?" usik Hidayah. Adam terdiam. "Sayang sebagai 'kawan', kau kan member aku." ujarnya sambil tertunduk malu. "Ceh! Kalau aku tak masuk sini, tapi yang lain? Kau ikut juga? Ke kau jaga aku saja?" usik Hidayah lagi.

Adam menolak bahu Hidayah. "Merepek la kau ni. Dah keluar." ujarnya dan menghalau gadis itu keluar. Hidayah gelak besar. "Yela aku keluar" ujarnya dan ingin melangkah pergi. Tiba-tiba terdengar suara jeritan. Hidayah dan Adam saling bertatapan. Suara Raihana! Mereka berdua terus bergegas ke ruangan hadapan.

HUTAN PUAKA Där berättelser lever. Upptäck nu