BAB 18

133 4 4
                                    

Raisa gelisah! Dia tidak tahu mahu lakukan apa. Sedang dia mondar-mandir. Anna pulang. Dia melihat darah yang penuh di baju Anna. "Kau cedera ka? Apa yang jadi ni? Kenapa penuh darah? Mana Adam?" soal Raisa bertalu-talu. Anna duduk disofa. "Aku nak air." ujarnya. Raisa mengangguk dan berlalu pergi mengambil.

Air yang diberikan diteguk Anna. "Mereka semua sudah hilang." ujar Anna. Raisa terkedu. "Adam pun??" tanya Raisa panik. Anna mengangguk. "Habis itu macam mana ni sekarang? And baju kau , tangan kau dah kenapa penuh darah?" tanya Raisa ragu.

Anna memandang Raisa lama. "Kau tahu, antara kita semua. Aku rasa, kau yang paling annoying. Selalu cari masalah dengan aku. Mengada-ngada. Anak orang kaya. Sempurna. Ada segalanya." luah Anna. Raisa mengerutkan dahinya. "Kau kenapa cakap macam ini? Ok kalau aku ada buat salah dengan kau, aku minta maaf. Sekarang tinggal kita berdua sahaja. Kita saling memerlukan." pujuk Raisa. Anna tergelak sinis. "Tapi, aku tak perlukan kau." ujarnya.

Raisa menelan liur. Anna terdiam seketika dan membuka mulut semula. "Aku pelik, kenapa, aku masih tinggalkan kau. Kenapa kau orang terakhir aku biarkan." ujarnya bersahaja. Raisa semakin pelik. Kenapa Anna berkata begitu. Dia masih tidak dapat menangkap maknanya lagi. "Kau rasa mereka masih hidup?" tanya Anna sambil memandang Raisa dengan senyuman.

Raisa mengjongket bahu. Anna senyum sinis. "Dah mati. Ini darah mereka. Adam dan Hidayah." ujar Anna dengan air mata yang jatuh di pipi. Raisa terkedu. Dia berasa takut dan tidak selamat berada dengan Anna.

"Aku pergi tandas sekejap." ujarnya sekadar alasan. "Ke kau takut?" tanya Anna. Raisa terhenti langkah. "Ta-takut? Untuk a-apa? K-kau kan ka-ka-wan aku." jawabnya gagap. Anna tergelak. "Aku bunuh mereka." luah Anna. Raisa menggeleng. "Tak, kau tak akan buat macam itu. Aku percaya kau." ujar Raisa ketakutan.

Anna bangun daripada duduknya. Dia mengeluarkan pisau. Raisa melihat pisau itu. "Pisau ni la, aku tikam mereka. Aku tikam Adam, lelaki yang cintakan. Dia mati, mati dekat tangan aku." ujar Anna sambil menangis. Raisa ingin melarikan diri. Tapi Anna menarik tangannya. "Argh!" jeritnya sakit. "Orang yang aku cintakan, orang yang aku paling sayang, aku sanggup bunuh! Inikan pula kau?! Kau ingat lepas aku ceritakan semua ini pada kau, kau boleh keluar dari Hutan Puaka ini macam itu sahaja?!" marah Anna. Emosi dia daripada sedih berubah menjadi amarah.

Raisa menggeleng."Jangan bunuh aku. Tolong Anna. Aku janji aku tak bagitahu sesiapa. Hanya kita dua sahaja. Hanya aku dengan kau sahaja tahu kisah ini. Aku janji, tak akan bagitahu siapa-siapa." rayu Raisa. Anna mencebik. "Perempuan macam kau, yang sentiasa bergossip, ada ja salah orang depan mata kau, tak akan bagitahu sesiapa lepas keluar? Kau ingat aku 'bodoh'? tanya Anna sinis.

Raisa menangis teresak-esak. "Bukan ke kau tak mahu masuk hutan ini pada mulanya? Macam mana? Hutan ni berpuaka kan?" sindir Anna. Raisa menggeleng. "Hutan ni tak. Tapi kau, kau yang puaka, kau yang gila!" jerkah Raisa. Dia tahu dia akan mati ditangan Anna juga. "Memang aku gila." ujarnya dan terus merobek mata Raisa. Menjerit wanita itu kesakitan. Anna tergelak puas.

Anna menolak Raisa terbaring. Raisa langsung tidak berdaya mahu berlawan. Anna terus menikam Raisa sehinggakan gadis itu terkulai tidak berkutik.

Anna gelak."HAHAHAHAHAHAH aku selalu terfikir daripada dulu lagi. Macam mana rasanya bila bunuh orang. Kalau aku tahu benda ni menyeronokkan. Dah lama, aku bunuh ibu bapa aku tanpa tunggu mereka mampus sendiri." ujarnya sendiri sambil tergelak puas. Anna menangis secara tiba-tiba.
"Adam. Maafkan aku. Tapi aku tak boleh hidup tanpa kau. Aku, aku akan ikut di mana pun kau berada." katanya sendiri sambil mengangkat pisau yang dipegangnya dan menusuk dadanya sehinggakan nafasnya berhenti.

🌳🌳🌳

Tiada siapa diluar sana yang mengetahui apa terjadi kepada mereka semua. Kisah ngeri mereka 8 sahabat hanya terbuku di Hutan itu sahaja dan menjadi misteri buat selama-lamanya. Hutan itu sahajalah yang telah menyaksikan segala kisah tragedi mereka. Semakin ramai percaya dengan hebahan media sosial bahawa Hutan itu memang puaka. Sehingga kini, semua orang bercerita, dan tidak berani untuk memasuki hutan tersebut. Mereka gelarkan hutan ini 'Hutan Puaka'.

HUTAN PUAKA Where stories live. Discover now