BAB 12

118 3 2
                                    

"Macam ada orang 'baru' yang masuk je." ujar orang 'misteri' itu. Hidayah memandang wajah orang itu lama. "Apa salah aku? Apa salah kami semua dekat sini?!" tengkingnya. Orang tersebut menarik rambut Hidayah kebelakang. "Salah? Korang perlu buat kesalahan ke baru aku boleh buat semua ini?" tanyanya sambil tersenyum riang.

Hidayah merengus. "Kau ingat kau boleh terlepas daripada semua ini ke?! Gila!" marah Hidayah. Dia yang mendengar perkataan 'gila' itu terus menjadi berang. Dia menolak Hidayah sehingga terbaring. "Gila? Siapa gila?" tanyanya dengan mata penuh amarah. "Kau la bodoh!" tengking Hidayah. Dia terus menendang perut Hidayah. Hidayah terbatuk mengaduh sakit. Riduan yang melihat keadaan itu, tidak tahu apa yang mahu dilakukannya.

"Aku patut seksa kau lebih sikit daripada Akim dengan Hana." ujarnya sinis. Dia mencengkam pipi Hidayah. Dia mengeluarkan satu alat. "Gigi kau cantik. Aku suka." ujarnya dan terus menarik gigi Hidayah sehingga tercabut. Hidayah menangis kesakitan. Dia hanya tergelak sinis. Raihana dan Akim hanya menangis melihat Hidayah diperlakukan begitu kejam oleh si dia.

"Wahai 'orang baru' keluar. Kau tak 'kesian' ke tengok perempuan ni kena seksa? Kalau kau tak keluar, aku cabut gigi dia lagi satu. Keluar!" jerit dia. Riduan yang dibelakang almari panik. Dia tidak tahu mahu lakukan apa. Si dia mengangguk faham. "Okey! It's okay! Kau jangan keluar! Sini kau Hidayah!" ujar Si Dia dengan menarik muka Hidayah mendekatinya. Belum sempat si dia mahu mencabut satu lagi gigi Hidayah, Riduan keluar daripada tempat persembunyiannya.

"Keluar pon! HAHAHAHA! Sini!" panggilnya. Riduan melihat keadaan mereka yang lain dan melihat si pelaku. "Kenapa? Why? Kenapa buat semua ini?" tanyanya sambil menangis. Si dia hanya melihat dengan wajah kosong. Langsung tidak berasa simpati. "Saja suka-suka." ujarnya dengan wajah kosong. Riduan menggeleng. "Lepaskan kami. Aku tak akan laporkan kau kat polis. Kita akan lupakan semua benda yang jadi kat hutan ni lepas kita keluar. Boleh?" mohon Riduan.

Si Dia mengemam bibirnya dan meletakkan jari di dagu tanda berfikir. "Ermmm. Nak lepas ke tak mahu eh?" tanya sendiri sambil tergelak. "Tolonglah!" mohon Riduan sambil melutut. "No! Tak boleh! Aku seronok buat game ni siot. Tak akan lah aku nak lepaskan. Nanti tak fun la!" ujarnya sambil diselitkan dengan tawa. "Sekarang lagi seronok sebab ada kau. Sini." ujarnya sambil mendekati Riduan. Riduan menggeleng. "Lari Riduan! Lari!" arah Raihana dalam keadaan lemah. Riduan melihat Hidayah, Akim dan Raihana. Dia menangis lalu berlari menolak si dia sehingga terjatuh. Dan terus menuju keluar.

"Bodoh! Kau ingat kau boleh lari daripada aku ke?!" tengkingnya dan terus mengejar. Riduan termengah-mengah. Dia menyorok di balik pokok besar. "Aku tak sangka. Tak sangka 'dia' boleh buat semua benda bodoh ni. Dasar phsyco!" rengusnya seorang diri.

"Riduannnn! Hey kau nak main sorok-sorok eh?! HAHA!" ujarnya dengan ilai tawa. Riduan mencuba bertahan pergerakkannya agar tidak tertangkap. "Hey Riduan. Kalau aku jumpa kau, apa 'hadiah' kau nak bagi dekat aku? Kaki? Tangan? Ah! Aku tahu. Hati! Aku nak hati kau!" ujarnya dengan gelak tawa. Riduan mengiggil.

Si Pelaku tersenyum. "Pokok mana eh aku nak pergi dulu." ujarnya. Dia bergerak ke satu pokok. "Sini! Ehh tak ada lah!" ujarnya sambil tergelak. Dia menuju lagi satu pokok. "Sini! Eh tak ada jugak! Hahaha." ujarnya sinis. Riduan tidak keruan. "Sini!" ujarnya dan terus memegang bahu Riduan. "Lepaskan aku!" jerit Ridyan. "Tolong!" jeritnya lagi. Si Dia tersenyum dan menunjuk pisau lalu dia merobek dada Riduan. Sehinggakan nafas Riduan sudah terputus. Si Dia tersenyum puas.

HUTAN PUAKA Where stories live. Discover now