BAB 16

103 5 0
                                    

Anna memanggil Raisa. "Raisa?" panggilnya. "Ya?" jawab Raisa. "Kau okey tak? Kau pun salah kan aku ke?" tanya Anna. Raisa mengeluh. "Tak. Kau tak paksa. Tapi kami yang setuju jugak." ujar Raisa. Anna memeluk Raisa. "Sorry, sebab aku tak dengar cakap kau dari awal Raisa. Aku rasa bersalah." ujar Anna menangis. Raisa menggeleng dan memeluk Anna.

"Adam?" ujar Raisa apabila melihat Adam dimuka pintu. Tangan Adam penuh darah. "Kenapa tangan kau ada darah? " tanya Raisa. Anna melihat Adam. Mereka terkedu. "Jimmy, Riduan, dah mati." ujarnya lemah. Adam terduduk. Raisa dan Anna terkejut. "No! Tak mungkin! No!" tanggis Anna. Raisa terduduk.

Adam memandang Anna dan Raisa. "Anna." panggil Adam. Anna memandang Adam. "Ikut aku kejap." ujarnya. Raisa mengerutkan dahinya. "Aku?" tanya Raisa. Dia takut dan risau mereka meninggalkan dirinya seorang diri. "Aku nak cakap dengan Anna sekejap." ujarnya senafas. Anna mengangguk faham dan bangun mengikuti Adam. Raisa hanya duduk dirumah sahaja. Dia pelik kenapa Adam sebegitu.

Adam membawa Anna jauh daripada rumah itu. "Kenapa Adam? Kau nak bawa aku pergi mana?" tanya Anna. "Aku nak cari Hidayah. Dia tak mati lagi kan." ujar Adam. Anna memejamkan matanya. "Then? Motif kau bawak aku sekali dengan kau? Raisa yang kau rumah tu kau tak risau?" tanya Anna. "Lagi risau, kalau tinggalkan dia dengan kau." ujar Adam lemah. Anna mengerutkan dahi. "What do you mean Adam?" tanya Anna.

"Hidayah hidup lagi kan?" tanya Adam. Anna mengeluh. "Mana lah aku nak tahu. Aku duduk sini dengan kau sekarang." marahnya. "Stop! Stop pura-pura tak tahu lah Anna! Apa lagi kau nak ni?!!!" jerkah Adam. Anna tersentak.

Anna menggeleng. "Kau dah tahu?" tanya Anna sinis. "Yes! Aku tahu! Aku nampak kau buat apa pada Jimmy! Kau bunuh dia! Kau bunuh dia!!!" ujar Adam lalu terduduk lemah. Anna memegang bahu Adam. "Jangan takut Adam, aku tak akan apa-apa kan kau. Kita keluar daripada sini, kita lupakan apa yang jadi dekat hutan ni ye. Kita mulakan hidup baru." pujuk Anna seperti tiada sesalan dalam kata-katanya. Adam menolak Anna sehingga dia terduduk. "Kau ni gila! Perempuan gila! Phsyo!" marah Adam.

Nafas Anna turun naik. "What?! Kenapa kalau aku gila? Kau nak tahu? Aku selalu terfikir, tertanya-tanya, macam mana perasaan bila bunuh orang eh. Kau nak tahu apa aku rasa?" tanya Anna. Adam memandang Anna tajam. "Seronok." jawab Anna. Adam mencengkam bahu Anna. "Mana Hidayah, Akim and Hana? Kau tak bunuh mereka lagi kan?" tanya Adam dengan amarah.

FLASHBACK

RAIHANA

"Raisa cepat sikit. Nak pergi main game dengan dorang ni." ujar Raihana. Dia menunggu Raisa sambil bermain phone. "Aish, line pun tak ada!" rungutnya. Dia meletak phonenya dimeja lalu pergi ke singki. Dia berpaling ke belakang semula ada seorang berjaket. "Arghh!" dia menjerit kerana terkejut selepas itu kepalanya diketuk kayu. Raihana tidak sedarkan diri.

Anna menyeret Raihana membawa ke stor yang berada didapur itu. Lalu menguncinya.

AKIM

Akim memasuki lebih dalam ke dalam hutan. "Hana!!" panggilnya. Mana tahu Raihana boleh mendengar suaranya. Sedang dia kusyuk mencari sehinggakan tidak sedar ada memerhatinya.

"Akim!" panggil Anna. Akim terkejut Anna berada disitu. "Kau buat apa kat sini? Bukan kau dekat rumah dengan Raisa and Riduan? Kenapa datang? Ada jumpa Jimmy?" soal Akim. Anna tersenyum.

"Jimmy dah balik dekat rumah. Aku risau kau 'hilang' sebab tu aku cari kau." ujar Anna. Akim mengangguk. "Jauh kau jalan. Betul kau nak jumpa Hana?" tanyanya sinis. Akim beriak pelik. "Mestilah soalan apa kau tanya ni. Kau dah jumpa dia ke?" tanya Akim panik. Anna mengangguk kecil. "Jom ikut aku." ajaknya.

"Rumah apa ini? Macam mana kau tahu Hana kat sini?" tanya Akim musykil. "Sebab, aku yang kurung dia." ujar Anna dengan gelak tawa. Akim mengerutkan dahinya. "Kau gila ke?!" jerkahnya. Anna memandang Akim tajam. "Aku paling benci bila orang panggil aku gila. Aku tak gila, aku cuma nak kan perhatian hehe." ujar Anna. "Psycho!" ujar Akim dan terus melulu ke Raihana ingin membuka ikatan. "Akim, dia bukan kawan kita" ujar Raihana lemah. "kita keluar daripada sini bagitahu yang lain dan report polis." ujar Akim. "Akim!!! Belakanng kau!" jerit Raihana. Tetapi belum sempat dia mengelak Anna telah mengetuk kepalanya.

Akim bangun daripada pengsan. Badannya diikat. Raihana berada disebelahnya kelihatan sangat lemah. Peha Raihana telah ditikam pisau oleh Anna. "Kau! Kejam!" jerkah Akim. Anna menampar wajah lelaki itu. "Hmph! Sini tangan kau. Aku suka kuku kau. Hehe" ujarnya dengan sinis dan mencabut kuku dijari Akim. Akim menjerit kesakitan.

HIDAYAH

Hidayah melihat Anna dan Raisa yang sudah tertidur. Hidayah mahu bangun pergi ke Adam dan mengambil air sedikit untuk membasahkan tekaknya. Anna terjaga. "Kau nak pergi mana Dayah?" tanya Anna. Hidayah tersentak. "Terkejut aku. Aku kacau kau ke? Tadi kau dah tidur kan." ujar Hidayah. "Ha ah. Terjaga. Kau nak pergi mana?" ujar Anna.

"Dapur. Minum air." jawab Hidayah. "Tu air. Aku letak kat sini." ujar Anna dan bangun memgambil. Hidayah meneguk air yang diberi Anna. Tak lama lepas itu. Hidayah pengsan.

A

nna menggeleng. "Belum. Kau nak jumpa mereka? Kau nak jumpa Hidayah perempuan yang kau cinta?" tanya Anna dengan senyuman di wajah. Adam mengeluh lega. "Nak. Tolong jangan apa-apakan mereka yang lain. Kau nak aku buat apa untuk kau lepaskan semua orang, dan keluar? Aku sanggup buat apa sahaja!" beritahu Adam.

HUTAN PUAKA Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin