BAB 4

180 4 0
                                    

Adam dan Hidayah tiba di ruangan tamu yang mereka berkumpul bersama tadi. Tapi! Semua orang hilang! "Mana mereka pergi ni." ujar Hidayah risau. Tiba-tiba terdengar suara Raisa menjerit. "Hidayah! Sini!" jeritnya. Hidayah dan Adam terus ke arah suara itu di dapur. "Raisa kenapa? Mana yang lain?" tanya Hidayah. Adam melihat wajah Raisa yang ketakutan. "Tadi semua orang dengar suara Hana menjerit. So semua orang pun berpecah cari dia. Aku tak tahu mana diorang semua pergi. Cuma tadi aku nampak benda kat tingkap tu. Dia, dia, aku tak tahu lah Dayah, Adam! Aku nak balik!!" ujar Raisa kelam kabut.

Hidayah menenangkan Raisa. Adam membawakan segelas air. Raisa mengambil. Hidayah memandang Adam. "So macam mana ni? Aku rasa diorang keluar cari Hana sampai ke luar tu. Kita nak stay rumah atau keluar jugak?" tanya Hidayah. Adam memandang wajah gadis itu lama. "Kau tengok keadaan Raisa macam mana. Menggiggil. Tak apa, aku keluar cari diorang kau stay dengan Raisa. Boleh?" ujar Adam. Hidayah geleng. "Tak akan kau nak gerak sorang? Gila la! Kalau jadi apa-apa pada kau?" marah Hidayah. "Bahaya la kalau kau ikut!" marah Adam. "Habis itu? Kau rasa dalam rumah ni selamat ke?!" tengking Hidayah. Sedang mereka bertengkar berdua. Kelihatan Jimmy, Riduan, Anna dan Akim di hadapan pintu.

Hidayah terus meluru pada mereka. "Apa jadi? Mana Raihana?!" tanya Hidayah cemas. Raisa hanya mendiamkan dirinya sahaja. Dia sangat ketakutan. Anna menggeleng. "Tak jumpa." ujarnya. Mereka berempat bergegas ke sofa. Raisa hanya melihat Anna dengan pandangan marah. "Tak jumpa? Macam tu je? Sekarang kita nak buat apa?!" marah Raisa. "Kau relaks sekejap boleh tak Raisa! Kau ingat kami tak cuba cari ke?" marah Jimmy.

"Sudah! Bergaduh sekarang tak ada guna! Sekarang ni kita pecah, cari Hana dalam dekat-dekat sahaja. Jangan jauh! Dah agak jauh sangat patah balik semula pada rumah ni." ujar Adam. Mereka mengangguk. "Dam, Anna cedera. Tangan dia." ujar Akim. Adam melihat tangan luka di tangan Anna. Hidayah melihat juga. "Macam mana boleh cedera ni Anna?" tanya Adam sambil mengambil sapu tangan yang sentiasa dibawanya dan membalut tangan gadis itu. "Aku jatuh time cari Hana tadi." terangnya. "Hm. Tak apa, kau duduk je rumah dengan Raisa. Dia pun tak sihat tu. Hidayah kau.." belum sempat Adam habiskan ayatnya Hidayah memotong.

"Kau jangan nak suruh aku duduk rumah ni. Aku nak cari Hana jugak." ujarnya. Adam mengeluh. "Jimmy dan Akim korang cari dua, aku dengan Dayah. Riduan kau duduk la dengan Anna dan Raisa. Sorang lelaki kena jaga juga." arah Adam. Mereka semua mengangguk.

HUTAN PUAKA Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt