BAB 7

152 4 3
                                    

Hidayah tidak tidur malam itu. Dia risau siapa pula akan hilang lagi. Adam melihatnya. "Dayah. Kau okey tak ni?" tanyanya risau. Hidayah menggeleng. "Aku takut. Betul cakap kau. Sepatutnya kita tak datang sini." ujarnya. Adam mengeluh. "Nak menyesal tak guna dah pun. Telefon pun tak ada line. Tak payah fikir sangat lah. Insyaallah, semuanya akan okey esok hari." pujuk Adam. Hidayah mengesat air matanya.

"Apa yang jadi pada Hana dengan Akim. Macam mana keadaan mereka. Aku risau. Aku risau mereka diapa-apakan. Aku akan rasa bersalah. Sebab aku juga yang pujuk semua orang untuk setuju dengan rancangan Anna datang sini." luah Hidayah sambil menangis. Adam merangkul bahu Hidayah."Kau tak salah. Semua orang yang buat keputusan sendiri kan. Sudah, jangan menangis. Aku ada ni. Jangan takut okey. " pujuk Adam. Hidayah meletakkan kepalanya dibahu Adam. Dia lelah! Rungsing! Adam hanya mampu tersenyum palsu.

🌳🌳🌳

Jimmy termenung. Dia rasa agak bersalah kerana berpecah bersama Akim tadi. Jika tidak pasti Akim ada berada bersama mereka sekarang. Riduan melihat Jimmy yang masih duduk di hujung katil. "Kau tak mahu tidur ke? Esok pagi kita nak cari mereka semula." ujar Riduan. Jimmy menggeleng. "Macam mana nak tidur Duan, Akim hilang sebab aku. Kalau aku nak pecah dengan dia tadi. Dia ada dengan kita sekarang. Semua salah aku." ujarnya bersalah. Riduan hanya mengeluh. "Tak ada gunanya salahkan diri sendiri sekarang. Sudah la tidur dulu. Kau pun nampak penat sangat." arah Riduan lalu berbaring ingin tidur.

Sedang Riduan ingin menutup matanya. Terdengar suara Raisa yang sedang menjerit-jerit. "Arghhh! Arghh! Riduan! Dayah! Tolong aku! " jeritnya. Mereka semua terus berlari menuju padanya. Hidayah memeluk bahu Raisa. "Kenapa Raisa?" tanyanya cemas. Jimmy, Riduan dan Adam menunggu jawapan Raisa. Raisa memeluk Hidayah. "Aku nampak. Nam-nampak perempuan dekat tingkap tu. Dia nampak marah. Dia suruh kita balik sekarang, tinggalkan tempat ni. Dayah jom la balik. Jom la!" tanggis Raisa. Mereka melihat tingkap yang ditunjuki Raisa tapi tiada satu apa pun!

Hidayah memeluk Raisa. "Esok kita balik okey?" ujar Hidayah. Raisa menggeleng. "Sekarang. Aku nak sekarang tolong. Aku takut sangat sekarang!" pujuk Raisa sambil menangis. Jimmy merengus. "Lepastu?! Raihana dengan Akim macam mana! Kau nak tinggal diaorang?! Kawan jenis apa kau ni?" marah Jimmy. "Habistu?! Kau nak tunggu sapa pula hilang lepasni?! Aku?! Disebabkan diorang kita kena terkorban sekali?!" marah Raisa. Hidayah dan Riduan terdiam. Mereka tidak tahu mahu katakan apa. "Sudahlah. Raisa, kita balik esok. Okay? Tak akan kita nak tinggalkan Raihana dengan Akim. Kita kena cari, lepastu keluar bersama. We all bestfriend right?" pujuk Adam. Raisa terdiam akhrinya dia mengangguk. Ya! Dia tak boleh selfish!

"Sekejap. Mana Anna?" tanya Hidayah. Mereka semua terus bergegas bangun dan mencari. "Anna?" panggil mereka. Setelah tiba diruang tamu. "Sini." ujar Anna secara tiba-tiba entah mana munculnya. Mereka semua tersentak dan melihatnya. "Kau pergi mana?" tanya Hidayah. Raisa hanya mendiamkan diri. "Keluar. Cari Hana dan Akim." ujarnya dan terus duduk disofa dan meneguk air. Mereka semua mengerutkan dahi. "Seorang diri?" tanya Riduan. Anna mengangguk. "Daripada duduk sini, dengar si penakut ni menangis nak balik, lebih baik aku keluar cari kawan kita yang hilang." sindirnya. Raisa mengeluh. "Ya aku salah. Tapi ingat, semua ini punca daripada kau!" lepas Raisa. "Sudah! Cukup!" marah Hidayah.

"Lepas ini jangan pergi seorang diri. Risau nanti ada yang hilang lagi. Kita mesti duduk sekali semua. Sekurangnya berdua." tegur Adam. Mereka semua mengangguk faham.

HUTAN PUAKA Where stories live. Discover now