BAB 8

144 4 1
                                    

Hari sudah mula cerah. Adam terjaga daripada tidurnya. Adam melihat Jimmy dan Riduan yang masih tidur di sebelahnya. Dia bangun dan bergegas ke bilik para gadis duduk.

"Hidayah?" panggilnya. Dia pelik. Hidayah tiada! "Raisa, Anna!" panggilnya. Mereka berdua terkebil-kebil bangun. "Apa?" tanya Anna sambil mengesat matanya. "Mana Hidayah?" tanya Adam cemas. Anna dan Raisa menggeleng tanda tidak tahu. Adam mengeluh dan terus berlari keluar rumah. "Hidayah!! Hidayah!!" jeritnya. Dengan jeritan Adam kesemua mereka melulu keluar juga.

"Kenapa?" tanya Jimmy dan Riduan. "Hidayah hilang! Anna, Raisa tak akan korang tak tahu, dia tidur dengan korang kot semalam!" ujar Adam cemas. "Tak tahu. Semalam dia ada ja dengan kita orang. Tapi aku tidur dulu sebelum Hidayah dengan Raisa." ujar Anna. "Ha ah, kau tidur dulu. Lepastu aku borak dengan Hidayah. Then aku tidur, aku tak sure sama ada Hidayah tidur terus lepas itu atau dia keluar." terang Raisa.

Adam merengus geram. Dia memegang kepalanya. Serabut! "Tak sekarang ni relax, kita semua cari. Lagi pun kita memang nak cari Hana dengan Akim sekali kan sekarang." ujar Jimmy. Mereka semua mengangguk. Adam hanya menyepi. Dia tidak tahu mahu fikir apa lagi. "Okey, Jimmy and Anna, kau berdua pergi cari bersama. Riduan and Raisa kau berdua bersama. Jangan berpecah. Hutan ni semakin melampau!" ujar Adam dengan marah. "Habistu kau? Aku ikut kau." ujar Anna. Adam menggeleng. "Aku sorang pun tak apa. Aku nak gerak cepat cari Hidayah. Aku tak nak satu benda buruk jadi pada dia!" ujar Adam dan terus pergi meninggalkan mereka.

Riduan dan Raisa terus bergegas sama. Jimmy melihat Anna yang masih kaku melihat Adam pergi. "Anna, jom ikut aku." arah Jimmy. Anna masih tak berganjak. "Anna!" panggil Jimmy dengan kasar. Anna tersentak dek panggilan itu dan mengangguk mengikuti Jimmy.

🌳🌳🌳

Adam memasuki hutan. Dia tidak kira jauh mana dia pergi. Dia mahu jumpa Hidayah. Itu sahaja didalam kepalanya. "Hidayah! Hidayah kau kat mana?!! Kau tahu kan aku tak akan tinggalkan kau!" jerit Adam.

Sedang Adam berjalan tiba-tiba dia tersadung kayu dan terjatuh. "Aduh!" dia mengaduh sakit. Dia memejamkan matanya. Pedih. Adam cuba bangun, tapi dia tidak mampu. Kakinya terasa amat sakit! "Riduan! Jimmy! Anna! Raisa!" jeritnya. Itu sahaja yang mampu dilakukannya pada saat itu.

HUTAN PUAKA Where stories live. Discover now