BAB 15

109 3 1
                                    

Setelah menghantar Raisa dan Anna dirumah Jimmy ingin keluar semula. "Kau nak pergi mana?" tanya Raisa risau. "Cari Adam lah. Kaki dia bukan okey lagi itu." ujar Jimmy. Raisa geleng. "Aku takut. Jangan tinggalkan aku."pujuk Raisa. Anna mengeluh.

"Kau pergi je Jimmy. Aku duduk dengan Raisa. Make sure, Adam selamat." ujar Anna. Jimmy menangguk.

🌳🌳🌳

Adam berusaha berjalan perlahan-lahan. "Hidayah?! Raihana! Akim! " jeritnya. Adam terduduk. Kakinya terasa sakit sekali. Jimmy berjalan ke arah suara Adam. "Dam!" jeritnya dan membangunkan Adam. "Kau tinggal Raisa dengan Anna?" tanya Adam. Jimmy angguk. "Kat rumah tu la. Keadaan kau pun tak okey. Tak akan aku nak biarkan kau seorang diri." ujar Jimmy.

Adam angguk. "Kita pergi depan sikit tu boleh." pinta Adam. Jimmy setuju. Sedang mereka berjalan Jimmy tersadung sesuatu dan terjatuh. Matanya terbuka luas apabila melihat mayat Riduan. "Adam!" jeritnya. Adam melihat dan terkejut juga. "RI-ri-Riduan kan?" tanya Jimmy terketar-ketar. Adam terduduk. Air matanya menitis. "Ya. Riduan" ujarnya dan menangis sedih. Jimmy menggeleng berkali-kali.

"Kau jangan kata kat aku, yang lain pun terima nasib yang sama macam Riduan?" ujar Jimmy lemah. Adam geleng. "No! Tak mungkin!" ujar Adam sambil menggeleng berkali-kali. "Aku nak balik. Kalau kau still nak cari, kau cari." ujar Jimmy dan terus meninggalkan Adam.

🌳🌳🌳

Jimmy berjalan lemah. Otak dia tidak tahu mahu memproses apa. Baginya, benda ini semua mimpi ngeri baginya. Jimmy terhenti langkahnya apabila melihat seseorang berjaket di hadapannya.

"Kenapa kau pakai macam ni? Sapa jaga.." belum sempat ayat Jimmy habis. Perutnya ditikam. Matanya membulat. Pisau itu ditekan lebih dalam. Air mata Jimmy mengalir. "Kau-ka-kau why? Why?" tanyanya dan menghembuskan nafasnya. Si Dia tersenyum. "Aku tolong kau ikut kawan kau Riduan. Kesian dia keseorangan. Hehe" ujarnya girang.

HUTAN PUAKA Where stories live. Discover now