BAB 2

255 3 0
                                    

Van yang dinaiki mereka berlapan telah memasuki kawasan hutan. "Depan tu kau berhenti. Sebab takleh masuk dah. Kita jalan sikit. Dalam hutan sikit ada sebuah rumah yang aku ceritakan tu." ujar Anna. Jimmy yang ditugaskan memandu van itu mengangguk faham.

Mereka berlapan menggalas beg mereka dan meneruskan berjalan. Raisa yang turun daripada van terus memandang sekeliling hutan itu. Seram! Hidayah melihat Raisa yang masih terpinga-pinga disitu. Sedangkan yang lain sudah melaju ke hadapan. "Raisa! Jom." ajak Hidayah. Raisa tersentak dan mengangguk.

"Dayah, aku takut lah." ujarnya. Hidayah tergelak. "Takut apa? Jangan risaulah, kita ramai kot. Tak ada jadi apa-apa." ujar Hidayah dengan yakin. Raisa hanya mengeluh.

Setelah jauh juga mereka masuk ke dalam. Akhirnya mereka tiba disebuah rumah. Agak besar. "Rumah siapa lah ni Anna? Kau ada dengar cerita ke?" tanya Akim. Anna yang sedang membuka pintu rumah tersebut melihat kawannya semua. "Daripada aku dengar. Rumah ini sudah ada dari zaman penjajahan dulu." ujarnya. Mereka memasuki rumah tersebut.

Bulu roma Raihana dan Raisa meremang serta merta. "Hana, kau tak takut ke? Lain macam saja rumah ni aku tengok." ujar Raisa. Raihana mengangguk. "Takut jugak. But, tak ada apa kot." ujarnya menepis rasa takut.

"Tu ada dua bilik. Satu lelaki, satu perempuan." ujar Riduan. Yang lain mengangguk dan bergegas meletakkan barang masing-masing.

🌳🌳🌳

"Ada dua katil. Satu katil dua orang." ujar Hidayah. Raisa memegang tangan Hidayah. "Aku tidur dengan kau." ujarnya. Memandangkan Hidayah seorang yang agak berani dan sentiasa menjaga mereka, jadi dia memilih untuk tidur bersama kawannya itu. Hidayah mengangguk.

Anna menggeleng. "Kau ingat, kalau nak jadi 'sesuatu' kat kau, lepastu kau duduk dengan Hidayah. Tak akan jadi apa-apa pada kau?" ujar Anna sinis. Raihana menggeleng. "Anna kau jangan lah takut kan Raisa lagi." ujarnya. Raisa merengus. Hidayah hanya gelak sahaja.

HUTAN PUAKA Where stories live. Discover now