BAB 11

121 4 0
                                    

Adam memandang mereka lama. Dia melihat wajah Jimmy yang mencuka. "Kenapa? Apa jadi?" tanya Adam. "Van tu boleh pulak rosak time-time bermasalah macam ni!" beritahu Jimmy. Adam mengeluh. "Macam mana ni? Kenapa korang tak cuba je jalan kaki pergi jalan besar minta bantuan." ujar Adam. "Tak akan la aku nak tinggal kau sini. Nak jalan tu berapa lama lagi. Hari pun dah nak gelap. Tak pasal, kami yang hilang pulak nanti." rengus Jimmy.

"Sudah. Sekarang ni kita tidur sini dulu la jugak. Tak payah nak duduk dalam bilik. Semua kumpul sini ja. Aku risau ada yang hilang lagi." cadang Riduan. Mereka mengangguk setuju. "Tapi aku nak keluar pergi cari mereka. Korang tak payah lah ikut. Jimmy kau rehat dulu." ujar Riduan. Raisa menggeleng. "Kalau kau hilang pulak macam mana??" tanya Raisa risau. "Tak apa. Aku akan berhati-hati. Hutan Puaka bodoh ni, tak akan boleh 'telan' aku!" ujarnya. Raisa sekadar mengeluh. Anna mencebik. "Berani sangat" sinis Anna. Riduan sekadar mengendah dan terus pergi.

Setelah berjam-jam Riduan bercadang untuk terus masuk ke hutan dalam walaupun keadaan sudah gelap. Dia terlihat sebuah rumah usang disitu. "Ada rumah lagi?" ujarnya seorang diri. Rumah itu kelihatan buruk dan kecil. Dia terkejut melihat Akim, Raihana dan juga Hidayah yang berada disitu.

"Korang!" jeritnya. Dia terus pergi melulu ke Akim. "Kim, kau okey tak ni? Asal teruk sangat keadaan kau ni? Kenapa kuku kau tercabut semua ni?" ujar Riduan cemas. Otak dia seakan-akan berhenti. Dia tidak tahu mahu buat apa. Hidayah memanggil Riduan. "Riduan! Lepaskan aku dahulu. Hana dan Akim memang lemah sangat dah tu. Lepas itu kita papah mereka berdua keluar." panggil Hidayah yang melihat keadaan Riduan yang terpinga-pinga.

Riduan melepaskan ikatan tangan Hidayah. "Kita kena lari daripada sini. Kita kena tolong orang yang berada didalam rumah itu. Keadaan mereka yang lagi bahaya sekarang." ujar Hidayah. "Kenapa? Bahaya?" tanya Riduan sambil melepaskan ikatan tali yang diikat ditangan Hidayah dengan erat itu. Sedang dia mahu lepaskan. Pintu rumah itu mahu dibuka oleh seseorang. Hidayah panik. Akim dan Raihana tidak berdaya lagi.

"Riduan, kau pergi menyorok dulu." bisik Hidayah. Riduan mengangguk dan pergi ke belakang Almari yang berselindung sedikit. Terlopong mulutnya melihat gerangan orang yang masuk ke rumah itu. Walaupun orang itu berjaket dan bertopeng. Tapi dia tahu siapa gerangan manusia misteri itu.

HUTAN PUAKA Where stories live. Discover now