BAB 6

147 4 0
                                    

Adam dan Hidayah telah berjalan agak lama. Tapi, kelibat Raihana masih tidak kelihatan. "Adam, mana lagi nak cari Raihana ni. Makin risau aku." ujar Hidayah dengan wajah yang kelihatan kerisauan. Adam mengeluh. "Herm, sekarang dah tengah malam. Aku pun tak tahu dah sekarang ini. Buntu!" luah Adam.

"Atau kita balik? Esok pagi kita sambung cari balik?" tanya Hidayah. Adam mengangguk. "Ha. Kau pun nampak penat sangat. Jom balik. Esok kita cari lagi." ujar Adam lalu menarik tangan Hidayah bersamanya.

🌳🌳🌳

Jimmy memasuki bilik Raisa. "Anna mana?" tanyanya. Raisa sudah tertidur. Riduan yang menemani Raisa bangun daripada tempat duduknya. "Bawah. Aku teman Raisa tidur. Ni dia dah tidur jom la turun bawah. Kesian pulak Anna duduk seorang diri." ujarnya dan terus berlalu pergi. Jimmy melihat Raisa. 'Tak akan wanita macam Raisa nak rancang untuk menghilangkan Hana. Tak mungkin' desis dihatinya.

"Anna?" panggil Riduan. Jimmy tiba di belakangnya. "Mana dia pergi." ujar mereka musykil. "Anna?!" panggil Jimmy sambil pergi ke muka pintu. Riduan menghempap dirinya di sofa. "Aish! Mana dia pergi! Suka buat risau la!" marah Riduan. "Anna kau jangan.." belum sempat Jimmy habiskan ayat Anna sudah ada. "Aku kat sini." ujarnya. Riduan melihatnya. "Kau pergi mana?" tanya Riduan. "Tandas." jawabnya sepatah.

Tidak lama kemudian, Adam dan Hidayah muncul. "Kenapa muka masing-masing masam sangat ni?" tanya Hidayah. "Habis itu? Kau nak aku gelak dalam keadaan macam ini? Dengan Hana still tak jumpa." sinis Riduan. Adam melihat Riduan tajam. "Kau dah kenapa ni?" tanyanya. Riduan endahkan sahaja. Hidayah hanya menjeling sahaja. "Mana Akim Jimmy?" tanya Adam. Jimmy baru menyedari bahawa Akim masih tidak pulang lagi.

"Eh ha ah, lama betul dia pergi. Tadi kami pecah. Aku pergi satu tempat dia pergi satu tempat. Janji untuk jumpa balik dekat rumah terus." terang Jimmy. Mereka semua mula risau semula. "Korang pecah? Aku dah suruh gerak berdua kan? Sekarang ni macam mana? Haih!" marah Adam. "Raisa, dia mana?" tahya Hidayah risau. "Bilik tidur. Dia tak sihat tu." ujar Riduan. "Tak akan Akim pulak hilang?" ujar Anna risau. "Mana nak cari ni! Argh!" rengus Jimmy. Adam dan Hidayah terduduk di sofa. Mereka semakin rungsing!

HUTAN PUAKA Where stories live. Discover now