BAB 13

120 4 0
                                    

Adam terjaga daripada tidurnya. Dia melihat Anna dan Raisa yang berada disebelah sisinya. Jimmy muncul. "Kau pergi mana? Riduan tak balik lagi? Dari pukul 8 tadi keluar kan. Sekarang pukul 12 malam dah. Aku tak boleh jalan kau kena papah aku kalau nak keluar cari." ujar Adam. Jimmy menggeleng. "Aku tak tahu. Aku pun takut nak keluar wei. Aku rasa Riduan pun sudah hilang macam yang lain. Kepala otak aku ni sudah tak tahu mahu buat apa lagi." ujar Jimmy lemah.

"Kau tak jawab soalan aku lagi. Mana kau pergi?" tanya Adam. "Aku duduk luar sambil tengok juga mungkin ada mereka yang balik." beritahu Jimmy. Adam mengangguk lemah. "Esok aku ingat, kita keluar jalan kaki je daripada sini. Tak payah fikir la mereka yang lain. " ujar Jimmy. Adam hanya mengeluh. Hatinya berat.

Anna dan Raisa terjaga. "Riduan tak balik lagi?" tanya Anna. "Belum" jawab Jimmy sepatah. "Ini semua salah kau lah Anna! Kalau kau tak ajak kitaorang semua datang sini semua ni memang tak akan jadi! Sekarang ni macam mana? Puas hati kau? Mana nak cari mereka yang hilang?!" ujar Jimmy sinis. Dia penat dan merasakan ini semua salah Anna kerana ini semua rancangannya untuk masuk ke hutan puaka ini. Raisa menjadi panik semula. "Aku nak balik! Tolonglah aku nak balik! Aku tak mahu hilang dalam hutan puaka ni!" tangis Raisa.
"Korang dua boleh relaks tak?!" tengking Anna. Adam mengeluh. "Sudah lah! Semua ni dah jadi lah. Kita tak boleh salahkan Anna sahaja. Kita semua setuju datang sini. Anna dah kata dia tak paksa kita kan." lepas Adam. Anna bangun daripada duduknya dan ingin keluar.

"Kau nak pergi mana Anna?" tanya Adam. Jimmy hanya endahkan sahaja gadis itu. "Keluar cari lah! Semua salah aku kan." lepas Anna geram sambil menangis. Adam mengeluh. Adam cuba bangun. Kaki nya terasa lebih baik daripada awal kejadian tadi. Dia memegang bahu Anna. "Kita gerak sekali. Sekarang Raisa, Jimmy, jom. Tak payah nak berpecah dua kumpulan. Kita gerak je." ujar Adam. Mereka mengangguk dan mengikuti. Jimmy memimpin Adam.

"Perlu ke kita masuk dalam lagi daripada ini?" tanya Adam. Jimmy menggeleng. "Bahaya ah! Kau ingat aku tak takut ke." luah Jimmy. Raisa mengangguk setuju. Sedang mereka berjalan, tiba-tiba mereka mendengar satu suara yang sedang menangis. "Suara Hidayah?" ujar Adam sendiri. "Aku rasa bukan" ujar Anna meriding. Adam menolak Jimmy. "Kau tunggu dengan mereka berdua, aku pergi." ujar Adam dan terus pergi endahkan panggilan Anna yang melarang. "Dam! Kau yang kata jangan berpecah kan! Hey!" panggil Jimmy. Dia ingin mengejar, tetapi Raisa melarang. "Kau teman kami berdua la. Biar je Adam pergi." pinta Raisa.

"Kita patah balik" ujar Anna. Mereka semua patah balik ke rumah.

HUTAN PUAKA Where stories live. Discover now