01

805 61 42
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

  Aeri tergedik-gedik menari di dapur sambil mencuci pinggan mangkuk. Senang betul hati gadis ini sehingga tak sedarkan kehadiran abangnya di dapur. Hongjoong geleng kepala melihat gelagat si adik.

  Kim Aeri, gadis itu memang ceria dan periang orangnya. Senyuman tak pernah lekang di wajah setiap kali bertemu orang, menampakkan sebaris giginya yang tersusun rapi itu. 

  "Kau menyanyi lah dekat dapur, nanti kau kahwin dengan orang tua, kau jangan salahkan aku." ugut si abang.

  Aeri membuntangkan matanya. Siapa lagi yang pakai pepatah itu? Abangnya itu dah macam atuk-atuk bila bercakap. Bukan itu saja, abangnya itu juga sering mengatakan bahawa pinggangnya sakit.

  Jalan terbongkok-bongkok!

  "Orang tua kalau duitnya banyak, no problem bossku. He loves me, he gives me all his money, my future hubby!" makin rancak Aeri menyanyi, sempat dia twerk di situ.

  "Woi mata aku! Habislah rosak keturunan aku." Hongjoong tutup matanya, berlalu pergi ke ruang tamu.

  Aeri senyum sinis. Usai dia basuh pinggan, dia tarik beg tangannya yang berada di atas meja makan, terus ke ruang tamu untuk bertemu dengan abangnya. Mereka berdua saja ada di dalam rumah ini sekarang.

  "Bang, Ae nak keluar."

  "Kau nak keluar pergi mana? Kau tu dahlah single, mana sangatlah yang kau nak pergi hari cuti ni?" perli Hongjoong.

  Aeri kecilkan mata. Si abang ini memang tak ada benda baik ke yang nak keluar daripada mulut tu? Panas pulak hati kita ni wak!

  "Aku bukan nak cakap apa, kalau kau tu ada pasangan macam aku, lainlah..mmhh!!"

  Stoking disumbat ke dalam mulut abangnya, mahu nak termuntah lelaki itu dibuatnya. Dia jeling maut kepada Aeri yang sudah terkekeh-kekeh ketawa bagai orang dapat bunga. Padahal jangan katakan bunga, batang bunga pun belum tentu.

  "Kau ni memang.." stoking tadi dibaling semula kepada Aeri. "Siapa punya kau kebas ni, anak kutip?!" bebel Hongjoong.

  "Siapa je yang suka letak barang merata-rata? Of course lah Namjoon!" 

  Hongjoong mengeluh berat. Abang kedua mereka, Kim Namjoon. Mereka lima beradik, Kim Seokjin anak pertama, Kim Namjoon anak kedua, Kim Taehyung anak ketiga, Kim Hongjoong anak keempat dan Kim Aeri, anak kutip.

  Bukan aku kata, Hongjoong kata.

  "Aku tak izinkan kau keluar!" Hongjoong gunakan kuasa veto. 

  "Eh apahal pulak?!"

  "Suka hati perdana menteri kelima belas akulah! Aku abang ke, kau abang?" Hongjoong bercekak pinggang, berdiri di hadapan adiknya.

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now