12

273 46 24
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

  Wooyoung dari tadi mengejar langkah Aeri yang tak mahu berjumpa dengannya. Aeri dalam perjalanan ke kafe, vespa sudah diparkir berhampiran kafe tersebut. Tangan Aeri ditarik Wooyoung, pantas gadis itu menarik tangannya kembali.

  Sudah dua minggu usia hubungan Aeri dan Jongho. Si Wooyoung ini tak putus asa mengejar dia di mana saja.

  "Jangan sentuhlah!"

  "Aeri saya minta maaf, saya betul-betul minta maaf."

  "Awak patut minta maaf dengan Jongho, bukan saya. Apa awak fikir hah? Saya bagi awak kepercayaan untuk jadi kawan saya. Apa yang awak buat ni, melampau. Nyawa tu mainan ke bagi awak?"

  "Bukan macam tu, Aeri. Saya betul-betul minta maaf.."

  "Apa motif awak kawan dengan saya eh? Saya tak faham, tiba-tiba abang nak sangat saya kenal dengan awak, lepastu awak pula nak cederakan Jongho. Awak tahu kan Jongho tu siapa? He is my boyfriend, Mr Jung Wooyoung!"

  Wooyoung tarik nafas dalam. Dia pandang Aeri dengan pandangan yang jelas meminta kemaafan daripada gadis itu, ikhlas.

  "Biar saya jujur dengan awak. Abang-abang kita nak kita kahwin. Sebab tu saya buat semua ni. Keluarga Choi ada hubungan yang tak baik dengan keluarga kami. Hyung perlukan sokongan daripada keluarga Kim, sebab tu dia nak satukan kita."

  Aeri raup rambutnya ke belakang. Cliche' betul cerita ni. Kahwin paksa. Siapalah penulis ni? (kutuk cerita sendiri dulu)

  "Zaman bila lagi ni nak kena kahwin atas aturan keluarga? Tolonglah. Lagipun awak tahu kan saya sayang siapa?"

  "Saya tahu, Aeri. Saya tahu. Tapi saya betul-betul nak kawan dengan awak, kalau bukan sebab aturan ni pun, saya memang nak kawan dengan awak. Boleh tak bagi saya peluang? Kali ni betul-betul kawan."

  Aeri diam sejenak. Lemah betul kalau orang merayu begini.

  "Please?"

  Keluhan keluar daripada bibirnya. Benci betul.

  "Tahulah muka tu handsome, tapi janganlah nak buat muka comel sangat. Bolehlah, tapi tukar panggilan. aku-kau. Tak selesa nak ber saya-awak ni."

  Wooyoung senyum lebar, angguk laju.

  "Ni, aku nak masuk kafe dah. Nak ikut ke tak?"

  "Aku ikutlah!"

  Aeri angguk, mereka berdua melangkah masuk ke dalam kafe. Mahu terkejut beruk Aeri dibuatnya apabila dia nampak Jongho dah ada dalam kafe bersama staff nya.

  "Boss! Selamat pagi, boyfriend boss ni nak sangat surprise kan boss. Tengok tu."

  Aeri pandang bunga yang dipegang Jongho, sementara mata Jongho memandang Wooyoung. Dah kenapa mamat seorang ni berkepit dengan girlfriend dia pula? Kalau ikut hati nak saja dia sumbat bunga ni dalam mulut Wooyoung.

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now