27

303 38 87
                                    

Tiber rajin nak edit.

🔥🔥🔥

Giselle termenung di beranda rumah seorang diri. Berita bahawa kereta yang dinaiki empat sekawan itu meletop betul-betul membuatkan dia tak keruan. Patutkah dia gembira kerana suaminya sudah mati di dalam letupan itu ataupun dia perlu bersedih seperti layaknya seorang isteri menangisi kematian suami?

"Apa yang termenung jauh sangat tu?" soal Taehyung seraya duduk di sisi Giselle.

Giselle melemparkan senyum ikhlas kepada lelaki itu. Tanpa Taehyung dia tak tahu macam mana nasib dia. 

"Adik awak macam mana?" soal Giselle.

Taehyung mengeluh sebelum bersuara. "Masih sama. Dia asyik menangis, asyik gigit kuku, salahkan diri dia, dia cakap dia kena balik sebab nanti Yunho marah dia kalau dia ada dekat sini. Saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi."

Giselle terangguk-angguk mendengar jawapan Taehyung. Kesian Aeri. Dia juga tak sanggup nak tengok Aeri terus terperangkap dalam dunia ciptaan Yunho itu. 

"Yunho tu memang dah melampau. Tak cukup fizikal Aeri yang dia rosakkan, mental pun dia nak tarik sekali." bebel Giselle.

Taehyung angguk setuju. Sejujurnya menitis juga air mata melihat adik kesayangannya begitu. Tambahan Aeri satu-satunya puteri dalam adik beradik Kim.

Belum lagi dia buka fasal Hongjoong yang menangis teruk melihat Aeri. Itu pun puas dipujuk San.

Aeri dah macam orang gila. Tak sangka seteruk ini adiknya diseksa.

"Taehyung.." Giselle pandang Taehyung dengan wajah sayu. "Betul diaorang dah tak ada?"

Taehyung tarik nafas dalam. Dia tak sampai hati pula nak cakap.

"Masa kami kejar diaorang, diaorang accident. Kami hanya mampu tengok dari jauh, tapi yang pasti... kereta tu memang meletop depan mata kami." terang Taehyung.

Giselle angguk mendengar penjelasan Taehyung.

"Emm, saya minta maaf?"

"Eh kenapa?"

"Sebab saya.. punca kematian Yeosang, suami awak."

Giselle diam. Kenapa dia tak rasa bahagia dan bebas? Bukankah sepatutnya dia gembira?

"Awak masih isteri dia.."

"Taehyung, bukan salah awak. Mungkin itu balasan atas perbuatan jahat dia dekat semua orang termasuk saya." Giselle pegang tangan Taehyung, memberikan lega di hati Taehyung.

"Giselle, walaupun Yeosang dah tak ada, saya masih ada. Saya akan sentiasa jaga awak." Taehyung senyum.

Giselle angguk. Sesi luah perasaan mereka terganggu dengan drama San dan Karina yang saling bersuap-suapan.

"Baby buka mulut, airplane coming~"

"Auuumm!!!"

Taehyung baling bantal, tepat mengena kepala San.

"Aduh!! Hyung!"

🔥🔥🔥

Jongho datang dengan membawa dulang makanan buat isteri tercinta. Dia perasan Aeri sangat kurus.

"Sayang, aku bawa makanan ni. Favorite kau. Jom makan?" pujuk Jongho, duduk perlahan di atas katil, dulang diletakkan di atas meja.

Aeri geleng kepala, matanya melilau seakan-akan mencari figura seseorang yang dia takuti.

"D..dia tak bagi makan.." ucap Aeri, terus memeluk lutut.

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now