07

269 48 8
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

  Hongjoong meluru ke bilik pejabat adiknya, risau pula dia dengar berita Aeri demam. Sudah lama budak itu tak demam, entah apa ke mimpi sampai mandi hujan, lepastu mula la dapat penyakit. Sengaja betul!

  Baru saja dia nak tolak pintu, dia dengar gelak tawa Aeri. Amboi, demam ke tidak budak bertuah ni?

  Dia teringat pula kejadian Hoseok dan Jin tadi. Mengenai Aeri yang nak dijodohkan dengan Wooyoung. Hatinya rasa serba salah, Aeri nampak bahagia dengan Jongho.

  "Betul kan awak suka saya~" sakat Aeri.

  "Alah siapa yang cakap aku suka kau? Kau tu perasan."

  "Eleh, eleh~ Tadi!"

  Tanpa sedar Hongjoong turut ketawa mendengar perbualan dua orang itu. Seorang jual mahal, seorang jualan promosi sekali dia bagi. Aduhai adik siapalah itu, tak malu betul! Pintu ditolak akhirnya, dia masuk.

  "Abang!" Aeri sapa dengan senyuman comel.

  Jongho berdiri tegak, tundukkan badannya sebagai tanda hormat dengan lelaki yang lebih tua itu. Hongjoong senyum saja memandang Jongho.

  "Jongho cakap kau demam?" soal Hongjoong, sekaligus tangannya sentuh dahi Aeri, memang panas.

   "Alah demam sikit je pun. Tapi suami Ae dah bawa pergi makan, dah bagi makan ubat tadi, dah pergi jumpa doktor pun!" cerita Aeri, panjang lebar.

  "Suami? Siapa suami kau?" Hongjoong kerut dahi memandang adiknya yang terbaring di atas sofa itu.

  Jongho telan air liur, berbisik dengan dirinya sendiri. "Janganlah dia cakap aku suami dia.."

  "Tu!" memang tepat Aeri menuding jari ke arah Jongho, Jongho senyum kambing kepada Hongjoong.

  "S..saya.."

  Hongjoong geleng kepala, dia pandang Jongho, kemudian dia pandang Aeri semula. Macamlah dia tak biasa dengan perangai nakal adiknya ini.

  "Jom balik."

  Aeri gelengkan kepalanya. Dia tak mahu pulang, dia cuma nak bersendirian dengan Jongho, sampai tahun depan pun tak mengapa! Hongjoong mengeluh.

  "Ish cepatlah, jom balik. Ini nasib baik hyung yang lain tak tahu kau demam, kalau tak satu squad datang sini."

  "Jongho macam mana?" Aeri pandang Jongho.

  "Kau ni, dia bukan laki kau yang kau nak berkepit 24 jam, Kim Aeri. Dia pun ada kerja lain nak dibuat, kau tengok dengan baju pejabatnya. Ini mesti kau yang kacau dia dekat pejabat dia kan?" teka Hongjoong.

  Memang! Perempuan wad dahlia ni lah punca aku tak masuk office hari ni. Sumpah Jongho dalam hatinya.

  "Kalau macam tu.. Jongho jom kahwin?!" Aeri bangun daripada baringnya, duduk di atas sofa itu.

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now