28

303 36 92
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

Hongjoong duduk di sebelah adiknya, dia pegang tangan Aeri perlahan. Tiada lagi gurau kasar dan gelak tawa diantara mereka dua beradik. Dia lah abang yang paling rapat dengan Aeri memandangkan umur mereka tak jauh.

Air mata berlinang memandang Aeri yang kelihatan takut dengan sentuhannya. Aeri pandang lama wajah Hongjoong, kosong. Tatapan mata Aeri kosong.

"Anak pungut.." nada suara yang selalunya kasar dan penuh gurau kini bertukar sayu dan syahdu.

Aeri pandang kosong wajah Hongjoong, biasanya dia pasti akan mengamuk sekiranya digelar sebagai anak pungut. Tapi kini tiada rasa dalam hatinya. Air mata Hongjoong menitis perlahan, tersenyum memandang adiknya.

"Aku rindu kat kau gila. Kau kenapa hah hilang macam tu je? Aku dah kata kalau orang bagi gula-gula jangan ambil. Kau ni memang degil. Tengok sekarang, siapa yang susah."

Hongjoong lap air mata yang mengalir, cuba berlakon kuat di hadapan adiknya. Jin dan Taehyung memerhati dari jauh, mereka juga dapat merasakan kesayuan dalam hati Hongjoong. 

"Kau ingat tak aku selalu hina vespa pink kau dulu?"Hongjoong ketawa sendiri. "Vespa kau tu dahlah warna pink, buruk pula tu. Selalu rosak lepastu menyusahkan aku. Last-last laki kau jual vespa kau tu. Padan dengan muka kau. Aku dah suruh jual vespa tu. Kau bukannya tak boleh beli kereta, kau tu sayang sangat dengan vespa kau."

Aeri mendengar cerita Hongjoong. 

"Lepastu kau ingat tak aku suruh kau buat air milo untuk aku, tapi kau letak garam. Kau ni memang adik durjana betul." air mata Hongjoong mengalir lagi. "Tapi sekarang aku rindu semua tu. Aku rindu bangang kau tu." 

Jin pandang sayu dua beradik itu. Andai Namjoon masih ada...

Jangan suh aku sambung ayat tu, aku tak ingat dah nak tulis apa.

"Apa dia buat dekat kau sampai kau jadi macam ni, dik.." Hongjoong pegang erat tangan Aeri, tetapi adiknya sedikit tersentak dan agak takut dengan pegangannya.

Jongho yang kebetulan lalu turut sama memandang situasi yang berlaku di situ.

"Sampai macam ni sekali kau trauma..?" Hongjoong sungguh tak sangka, tak dapat dia bayangkan apa yang telah dilakukan terhadap adiknya ini.

Aeri mulai terketar-ketar, laju Jongho mendekati isterinya.

"Sayang, sayang.. hey, this is your brother. Kim Hongjoong. He won't hurts you, sayang." Jongho usap lembut rambut isterinya.

Hongjoong palingkan wajahnya, tak sanggup dia tengok adik dia menderita sebegini rupa.

Jongho peluk erat tubuh Aeri, menenangkan hati isterinya sejenak.

"Sayang, come. Doktor tunggu dah." ajak Jongho.

Dia tarik tangan Aeri bersamanya. Aeri berhenti berjalan sekejap, dia tolehkan kepala ke arah Hongjoong. Hongjoong senyum sayu, menandakan dia menunggu kesembuhan Aeri nanti.

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now