22

248 38 58
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

Aeri termenung di beranda rumah, tangan di atas perutnya. Macam kelakar la pulak tangan di atas perut. Astaghfirullah apa kena dengan aku ni. Mari sambung.

Soobin berdiri memandangnya. Sejak kebelakangan ini, Aeri tak nampak ceria seperti selalu. Sejujurnya dia rindu waktu kali pertama dia bertemu Aeri. Gadis itu sentiasa tersenyum dan ada saja perangai loya buruknya.

Puas dia memerhati dari jauh, akhirnya dia mendekati gadis itu. Dia tarik kerusi di sebelah Aeri, melabuhkan punggungnya di situ.

"Jauh termenung."

Aeri pandang Soobin dengan senyuman sayu. Ya, dia juga sedar yang dia kerap termenung. Bukan apa, dia rasa sunyi. Jongho selalu saja tiada di rumah sejak seminggu ini. Hongjoong pula sudah boleh pulang ke rumah, dijaga rapi oleh Lia.

Malah Lia juga turut dijaga ketat oleh keluarga Park. Jadi jangan pelik kalau nampak keluarga Park keluar masuk rumah keluarga Kim sesuka hati. Dua keluarga itu sudah rapat dan mungkin akan bersatu satu hari nanti memandangkan hubungan diantara Hongjoong dan Lia sedang ke peringkat serius.

Nak kahwin lah gais, kahwin. Eh tiber. Sorry lah dapat author kuat menyampuk.

"Jongho mana?" soal Soobin.

"Entah, dia dengan Karina busy. Busy buat persiapan untuk hadap keluarga Jung, mungkin."

"Saat macam ni juga lah nak tinggal bini. Kalau ya pun busy takkan sampai tak balik. Dah tiga hari tak balik rumah kan tu?" Soobin sedikit geram dengan perangai Jongho.

Memang dah lama dia tak nampak Jongho di rumah. Itu juga sebab kenapa Aeri sentiasa bersendirian. San dan Yeonjun sibuk ulang-alik di rumah keluarga Kim. Beomgyu sibuk dengan pelajarannya.

Jongho pula tak mahu Aeri sendiri di rumah, sebab itu dia hantar Aeri ke rumah keluarga Choi. Disangkakan gadis itu kurang rasa sunyi, lain pula jadinya. Semakin sunyi adalah.

"Entahlah, Soobin. Aku pun tak tahu." Aeri mengeluh, sejujurnya dia rindukan suaminya.

"Aku bawa kau keluar, tenangkan fikiran. Nak? Aku pun tak ada kerja sekarang ni."

Aeri pandang Soobin. Dia senyum, angguk. Dia juga sudah bosan duduk di dalam rumah ini sendiri.

Maka keluarlah mereka berdua, tak pergi ke mana sangat pun. Setakat makan di kafe dan makan aiskrim, bukan satu masalah besar bagi Soobin. Dia faham, ibu mengandung memang perlukan perhatian dan perlu dilayan sentiasa.

Pintu kereta dibuka buat Aeri, namun gadis itu berdiri kaku di hadapan kereta. Soobin kerut dahi. Mata Aeri memandang satu tempat, dia turut mengikuti arah pandangan gadis itu. Senyum Soobin mati.

Dia nampak Jongho membukakan pintu buat Karina, gadis itu tersenyum dan membolos masuk ke dalam kereta. Di tangan Jongho ada sejambak bunga, diberikan kepada Karina yang sudah membolos masuk ke dalam kereta.

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now