21

255 40 46
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

Guys sebelum tu aku nak minta maaf tau lambat update. Aku terlalu penat wey lately. Tapi nah, aku update satu bab. Nanti sempat aku update lagi.

🔥🔥🔥

"Hongjoong dah sedar."

Mata Jin membulat. Dia tarik tangan Aeri. Dia tak sabar nak bertemu Hongjoong.

"Hospital, now." sempat Jin mengarah anak-anak buahnya yang berkumpul.

Mereka bergegas masuk ke dalam kereta masing-masing. Empat biji kereta mengekori kereta Jin dan Aeri. Aeri tarik nafas dalam, tak sabar nak bertemu Hongjoong.

Tiba di hospital, mereka semua bergegas masuk. Mahu membulat mata para jururawat dan doktor melihat kumpulan yang berbaju serba hitam itu melangkah masuk ke dalam hospital dengan penuh gaya dan aura yang begitu kuat.

Pintu wad dibuka. Kelihatan Yeonjun dan Beomgyu yang sedang menemani Hongjoong. Jatuh air mata Aeri melihat abangnya tersenyum lemah. Bergegas dia ke sisi Hongjoong, tangan lelaki itu dipegang dan dicium lama.

Jin turut tersenyum sayu, dia usap lembut kepala Hongjoong. Air mata Hongjoong gugur.

"Doktor cakap apa, Jun?" soal Jin.

"Doktor cakap keadaan dia masih lemah dan perlukan rehat. Kami tunggu dekat luar, ya?" pinta Yeonjun, tak mahu dia mengganggu tiga beradik itu.

Jin angguk. Dia pandang Aeri yang masih beremosi di situ. Jin turut beredar bersama Yeonjun dan Beomgyu, dia perlu membuat panggilan kepada Taehyung. Aeri pandang Hongjoong yang juga memandang lemah wajahnya.

"Abang..." 

Hongjoong pegang tangan Aeri, tak mahu dia tengok adiknya menangis begitu. Hongjoong gelengkan kepala lemah, tanda dia mahu Aeri berhenti menangis.

"J..jangan nangis." ucap lelaki itu separuh berbisik.

Aeri lap air matanya, tersenyum. "Abang, Aeri mengandung." cerita Aeri, air mata dia gugur lagi.

Hongjoong senyum, dia pandang perut Aeri. Senyuman itu menandakan dia menerima berita itu dengan hati yang gembira. Tetapi senyumnya hilang tiba-tiba. Air mata Hongjoong gugur, dia genggam tangan Aeri.

"Abang, kenapa ni?" Aeri risau.

"L..Lia.. S..Seonghwa ambil L..Lia.."

Naik bulu roma Aeri. Terjawab juga persoalan kenapa Lia tak pernah datang melawat abangnya. Ternyata gadis itu diheret kembali ke neraka Park Seonghwa. Wajah sedih Aeri bertukar geram. Serentak itu Jin melangkah masuk semula.

"Joong, nanti Taehyung datang.. dia happy dengar kau dah sedar." beritahu Jin sambil dia gosok-gosok lengan Hongjoong yang berbaring.

"N..Namjoon hyung?"

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now