30

300 35 99
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

Aeri kini berjalan bersama-sama Lia, mencari baju untuk majlis bertunang Lia dan abangnya. Kandungannya yang berusia 5 bulan ini membuatkan dia rasa cepat letih dan lenguh kaki. Lia masih lagi membelek-belek baju yang ada.

"Ae, yang ni cantik tak?"

"Cantik, tapi macam banyak sangat manik tu, kak." balas Aeri sambil dia usap-usap kandungannya.

"Ha'ah kan. Akak nak tengok yang dekat sana sekejap. Ae duduk atas bangku tu je. Akak dah pesan kan jangan ikut, Ae nak juga ikut." Lia geleng kepala.

"Mestilah nak ikut, kakak ipar pertama ni." Aeri senyum, Lia ketawa kecil.

"Ada-ada je. Tunggu sini sekejap, nanti abang Joong kesayangan Ae datang tu."

Aeri angguk, Lia berlalu pergi. Sepatutnya Hongjoong memang ada bersama mereka sejak awal lagi, tetapi tiba-tiba pula ada kerja. Hongjoong dah tak tanam anggur dah sejak nak kahwin ni, gais. Dia dah ada business sendiri. 

Aeri leka menunggu, sampai nak tertidur dia dibuatnya. Beg tangan yang ada di riba jatuh ke lantai. Dia cuba nak ambil, tapi dengan keadaan mengandung 5 bulan begini, agak susah dia nak tunduk. 

Belum sempat Aeri ambil, ada tangan lain yang mengambilnya. Beg tangannya diambil daripada lantai dan dihulurkan kepadanya. Dia ambil beg tangan tersebut, senyum kepada orang yang membantu dia, tetapi senyumnya mati tiba-tiba.

 Dia ambil beg tangan tersebut, senyum kepada orang yang membantu dia, tetapi senyumnya mati tiba-tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Take care, sayang."

Tangan Aeri terketar-ketar, matanya mulai menakung air jernih. Yunho senyum sinis, sempat dia belai rambut Aeri sebelum melangkah pergi. Aeri telan air liur, nafasnya tak teratur.

"Hello, anak pungut!" Hongjoong pegang bahu Aeri, dia terkejut apabila Aeri menjerit kecil kerana sentuhannya. "Ae? Hey, hey.."

Hongjoong melutut di hadapan adiknya, kedua-dua tangan Aeri dipegang. Muncul pula Lia yang usai membuat pembayaran, turut terkejut melihat keadaan Aeri. Dia bergegas mendapatkan bakal adik iparnya.

"What's wrong?" soal Lia kepada Hongjoong.

"Tak tahu, dia dapat flashback agaknya. Hey, tengok abang.." pipi Aeri dibelai lembut. "My princess, come look at me. Tengok abang. Ini abang, kita dekat mall, tak ada siapa boleh sentuh Aeri. Princess, tarik nafas please?"

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now