26

283 33 102
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

Rumah diserbu, mahu kalut Jinyoung dan Hoseok dibuatnya. Satu keluarga Kim dan keluarga Choi semua turun serang mereka. Mata Jongho hanya tertumpu kepada seseorang, Jinyoung. Manakala mata Jin pula beria-ia nak mendapatkan Hoseok.

Majoriti pengawal-pengawal yang menjaga kawasan rumah itu habis mereka tumpaskan dalam sekelip mata sahaja. Jinyoung yang baru nak lepaskan tembakan, tangannya yang memegang pistol ditendang Jongho.

Pistol tersebut jatuh ke lantai, serentak itu kaki Jongho ringan menendang perut lelaki itu. Jinyoung terundur beberapa langkah ke belakang, tetapi bangkit semula menyerang Jongho. Tumbukan yang ingin dia berikan kepada Jongho dihalang mudah.

Muka Jinyoung yang dihinggap dengan penumbuk. Pergelutan turut berlaku diantara Hoseok dan Jin, pengakhirannya Hoseok dan Jinyoung sama-sama tumpas dalam serangan mereka berdua.

Jongho menghela nafas lega apabila tubuh lemah Jinyoung dan Hoseok ditolak masuk ke dalam kereta, dibawa pergi daripada situ. Dia membetulkan urat lehernya seketika, rambutnya diraup ke belakang.

San pegang bahu Jongho. "We are getting near."

"Tak ada masa nak main-main lagi, hyung. Let's go." Jongho senyum, beredar bersama San.

Sudah sebulan dia membiarkan  Aeri berada di tangan Yunho, entah apa khabar isteri dan anaknya itu, dia pun tak tahu. Hanya doa yang dia kirimkan supaya dua nyawa yang dia sayang itu sentiasa dilindungi Tuhan.

Lia, Karina dan Giselle yang menantikan kepulangan mereka semua berdiri syukur melihat semuanya selamat. Hoseok diheret Jin dan San, Jinyoung pula diheret Jongho dan Yeonjun. Lia berlari memeluk tubuh Hongjoong. Hongjoong senyum, membalas pelukan Lia.

Karina pula mengekori San, Giselle bergegas mendapatkan Taehyung. Lega hati dia apabila tak nampak ada satu kecederaan pun pada tubuh lelaki itu. Taehyung turut tersenyum, dia lega hati juga kerana tiada apa-apa yang terjadi kepada tiga orang gadis itu, terutamanya Giselle, sewaktu ketiadaan mereka.

"I am glad you're safe." ucap Giselle.

"I am glad that you're still here with me." balas Taehyung.

Haa sudah. Aku ni single, ada yang makan kaki sekejap lagi. Kita tamatkanlah babak tautan kasih ni sebelum aku migraine. 

Sementara keadaan Aeri pula, semakin lama semakin parah. Dia duduk di lantai sambil memeluk lutut, badannya dihayunkan ke depan dan kebelakang, air matanya tak henti-henti gugur. 

Dia tak diberi makan dengan begitu kerap, tiga hari sekali saja. Itu pun kalau Yunho ada simpati, kalau tidak berlaparlah dia. Seolah-olah banduan yang dikurung di dalam bilik ini, tak nampak matahari dan juga bulan.

Dia juga tak tahu sama ada hari sedang siang atau malam. Dia cuma tahu, bila Yunho pulang, saat itulah dia ada teman. Walaupun kepulangan lelaki itu tak lain tak bukan hanyalah untuk menggunakan tubuh dia.

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now