33

265 31 66
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

Aeri melangkah melalui satu lorong gelap. Kandungannya diusap lembut, risau dan takut kerana tiada sesiapa di lorong ini. Mana suaminya, mana abang-abangnya? Dia pandang sekeliling, bersedia dengan semua yang mungkin bakal terjadi.

"Ae.." suara itu diamati dalam-dalam.

Suara yang sangat dia rindu. Dia berpaling dan figura Wooyoung berdiri di hadapan matanya. Dia melangkah mendekati Wooyoung, lorong yang tadinya gelap perlahan-lahan bercahaya. Pelukan diberikan, sekaligus air matanya gugur.

"Woo.." 

Pelukan hangat itu menjadi penenang jiwanya yang tadi gundah. Jujur dia terlalu rindukan Wooyoung, sahabatnya. Pelukan dileraikan, tangannya membelai lembut pipi Wooyoung. Wooyoung senyum.

"Kau semakin cantik, Ae." puji Wooyoung.

"Jangan tinggal aku, Woo.." air jernih bertakung di kelopak matanya.

Lelaki itu pejamkan mata sejenak, kemudian dia memandang Aeri semula. Manakan dapat mereka lawan takdir? Dua dunia yang terlalu jauh beza, tak mungkin menyatu.

"Kau bukan punca kematian aku, Ae." air mata Aeri yang mengalir dilap laju, tak mahu dia melihat gadis ini menangis di hadapannya.

Aeri menangis teresak-esak, akhirnya kata-kata dusta yang Yunho ucapkan, dinafikan oleh Wooyoung sendiri. Wooyoung senyum lembut, rambut panjang Aeri dibelainya. Kasih sungguh Wooyoung kepada cinta yang tak dapat dia gapai ini. 

Mungkin jika dia bertemu Aeri sebelum Aeri bertemu Jongho, ada jodoh diantara mereka.

"Yunho nak serang kami lagi, Woo."

"Takdir akan sentiasa berpihak pada orang yang benar dan tulus, Ae. Janganlah kau risau." 

Aeri angguk mendengar pesanan Wooyoung. Mata Wooyoung jatuh memandang kandungan Aeri yang semakin membesar itu. Dia usap lembut perut Aeri.

"Jong Woo."

"Hmm?" Aeri tak dapat meneka maksud Wooyoung.

Wooyoung senyum. "Aku kena pergi, Ae." perlahan-lahan tangan mereka yang bertaut, terlerai.

Wooyoung pergi bagaikan kunang-kunang yang berkelipan di waktu malam. Aeri jatuh terduduk, menangis teresak-esak. Wooyoung pergi..

"Sayang? Sayang!"

Aeri terjaga daripada tidurnya. Dia peluk erat tubuh Jongho, menangis teresak-esak. Jongho terkejut besar, tetapi dia cepat-cepat balas pelukan isterinya tanpa membazirkan sesaat pun. Dahi Aeri dikucup lama.

"Hey, hey kenapa? Flashback lagi?"

Aeri geleng kepala. Pelukan semakin erat, seolah-olah dia tak mahu suaminya ini hilang daripada pegangannya walaupun sedetik.

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now