35

472 48 88
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

5 tahun kemudian...

Mawar putih diletakkan. Air mata Yeosang mengalir. Dia kini mampu berjalan semula, walaupun setelah bertahun-tahun lamanya, dia masih saja sebak setiap kali ke sini. Giselle turut mengalirkan air mata, dia gosok-gosok bahu Yeosang.

"A..aku minta maaf." ucap Yeosang, berlutut di hadapan batu yang terukir nama sahabat-sahabatnya.

Mayat Yunho ditemukan rentung berhampiran kereta, lelaki itu disahkan telah tiada. Akhirnya, watak jahat dalam cerita ini sudah benar-benar tiada. Yeosang diselubungi rasa bersalah kerana terpaksa membiarkan sahabat-sahabatnya mati untuk menegakkan keadilan.

"Dah, jom balik." ajak Giselle.

Yeosang angguk, dia pulang bersama Giselle. Mereka kini punyai seorang cahaya mati, Daria yang berusia 2 tahun, dijaga oleh San dan Karina sementara mereka di sini.

Tiba di rumah keluarga Kim, Giselle pandang lama gambar Taehyung yang tergantung di dinding ruang tamu rumah itu.

Dia kerap ke sini untuk berbual bersama Lia dan Aeri. Air matanya gugur memandang foto itu. Taehyung, satu-satunya sahabat dia telah pergi daripada sini.

"Kita harap dia baik-baik je dekat sana, hm?" suara Aeri kedengaran.

Giselle berpaling memandang Aeri, tubuh Aeri dipeluk erat. Aeri peluk semula tubuh Giselle, air matanya turut gugur. Digosok-gosok belakang tubuh Giselle, memberi kekuatan kepada sahabatnya itu.

"Aku rindu dia, Ae."

"Aku tahu, Giselle."

"Buat apa nak rindu kalau dah ada depan mata ni?"

Giselle terkedu. Cepat-cepat dia leraikan pelukan, pandang figura Taehyung yang berdiri bersama Yeosang. Yeosang ketawa kecil.

Taehyung bukanlah meninggalkan dunia ini! Dia hanya meninggalkan bandar Korea ini! Setelah kejadian 6 tahun lalu, Taehyung berjaya diselamatkan, tetapi lelaki itu mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di luar negara, sekaligus mengubat hatinya.

"Taehyung?!"

"Abang!" Aeri berlari memeluk abangnya, Taehyung ketawa, rambut Aeri dikusutkan. "Dah jadi mak anak dua pun masih manja dengan abang. Tak malu ke Jong Woo dengan Yuri tengok?" Taehyung pandang anak-anak buahnya yang ralit bermain dengan Jongho.

"Eleh, abang sendiri!"

"Kau ni!" bahu Aeri dicubit Giselle.

"Sakitlah!" aduh Aeri.

"Kau kenapa tak bagitahu mamat ni balik harini?"

"Tanyalah husband kau~"

"Sayang?!" Giselle bercekak pinggang memandang Yeosang.

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now