08

286 49 32
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

  Sudah tiga hari Aeri tidak bertemu Jongho, tetapi mereka selalu saja bervideo call. Hari ini, dia bakal bertemu kekasih hatinya semula. Tak sabar rasanya! Aeri pandang wajahnya di cermin, gincu dioles di bibirnya.

"Done!" ucap gadis itu, berlari keluar daripada biliknya.

"Anak kutip, nak ke mana?" soal Hongjoong yang masih menanam anggur di rumah.

"Jumpa Jongho!"

Hongjoong mengeluh berat. Aeri masih tak tahu tentang rancangan Jin untuk satukan dia dengan Wooyoung daripada keluarga Jung. Apalah reaksi gadis ini kalau dia tahu.

"Hati-hati." pesan Hongjoong, mengizinkan adiknya itu pergi.

Aeri angguk saja mendengar pesanan abangnya, terus keluar. Seperti biasa, dia naik vespa pink kesayangannya. Tiba saja di bangunan syarikat Jongho, dia terus masuk ke dalam, turun daripada vespa miliknya.

Tak lupa juga dengan bekal di tangan. Pintu bilik itu ditolak tanpa diketuk, Karina pun tak sempat nak halang dia. Langkah Aeri terhenti sekejap apabila dia nampak ada perempuan dalam pejabat Jongho.

Tetapi dia senyum semula dan selamba memaut lengan Jongho. Dia sedar ada aura negatif di dalam pejabat pada hari ini. Apakah?

"Sayang! Saya dah sembuh dah, cuba rasa dahi saya ni!" tangan Jongho diletakkan di dahinya.

Gadis di hadapan mereka agak terkedu dengan kemanjaan Aeri, Jongho pula kelihatan melayan saja kerenah Aeri ini. Jongho senyum, kepala Aeri digosok-gosok dengan lembut.

Sejujurnya dia rindukan telatah gadis ini, sudah 3 hari tak bersua muka.

"Bagus pun." balas Jongho, mengabaikan gadis di hadapannya itu.

Aeri senyum lebar, Jongho sentuh dia! Dia kemudiannya memandang gadis di hadapan Jongho.

"Ini siapa? Hai! Saya Kim Aeri!" selamba Aeri hulurkan salamnya kepada gadis itu.

Senyum Jongho mati, dia langsung tak pandang perempuan di hadapannya ini. Perempuan itu baru saja nak sambut salam Aeri, tapi Jongho terlebih dahulu menepis tangan perempuan tadi.

"Dia datang interview kerja." celah Jongho.

Aeri angguk perlahan, aneh juga Jongho tak benarkan dia bersalaman dengan gadis ini. Risau pula dia, mesti gadis ini ingat dia sombong orangnya. Padahal dia memang peramah!

"Lahh saya ganggu lah ni? Minta maaf, cik. Saya tak tahu, saya ni memang suka serbu office kekasih hati saya ni. Maklumlah, tiga hari tak jumpa! Saya demam hari tu, kitaorang call je yang mampu. Tak naklah dia datang rumah, nanti berjangkit pula! Siapa je yang nak tengok buah hati sakit kan?" panjang penerangan Aeri, langsung tak ada niat lain, memang perangainya ramah begitu.

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now