32

265 36 93
                                    

🔥🔥🔥

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

🔥🔥🔥

Yeosang duduk diam di ruang tamu, matanya berkaca. Sudah lama dia bersendirian di sini, rakan-rakannya yang lain keluar berfoya-foya. Seungyoon duduk di sisi adiknya, tangan diletakkan di atas paha si bongsu.

Kalau keluarga Jung semuanya gemar berkhianat, lain pula cerita dengan keluarga Kang. Keluarga Kang mempunya hubungan darah yang kukuh, bahkan jika salah seorang daripada mereka mati, maka mereka semua juga sanggup mati bersama.

"Yeo, ada masalah? Pasal keluarga Kim..."

"Hyung.. Yeo dah tak nak terlibat dah dengan semua tu." ucap Yeosang, matanya memandang dalam mata abangnya.

"Cukuplah Yeo jahanamkan hidup Aeri, hidup isteri Yeo sendiri, Giselle." akhirnya air mata itu gugur.

Seungyoon berkerut dahi. Masih dia ingat pertama kali Yeosang meminta keluarga Kang melindungi dan berpakat dengan keluarga Jung kerana keluarga Kim ingin menyerang, tapi kenapa kini tarik diri?

Menyakiti Giselle? Apa maksud Yeosang? Dia memang sudah lama tak bertemu adik iparnya, kata Yeosang Giselle mahu pulang ke kampung halaman. Dia tak pernah tahu betapa ranapnya kehidupan Giselle kerana suami syaitan seperti Yeosang.

Yeosang melutut di hadapan abangnya, air mata mengalir laju. Dia tak mahu menyimpan semua sifat kotor dan keji dia lagi.

"Yeo lacurkan Giselle dekat kawan-kawan.." mahu terhenti sekejap jantung Seungyoon dibuatnya,

"Apa kau dah buat ni Yeosang?!" wajah Yeosang ditampar.

"Tapi itu semua dulu, hyung!" Yeosang lap air matanya. "Sekarang Yeo betul-betul menyesal, sumpah hyung. Yeo dah kehilangan dia, dia dah ada Taehyung.. " air mata turun lagi, dia menangis teresak-esak, memeluk kaki Seungyoon.

Seungyoon masih terkedu, tak sangka Yeosang jadi begini sedangkan dulu Yeosang adalah seorang yang sangat penyayang.

"Sebelum kahwin Yeo dapat tahu ada orang cakap Giselle curang dan tak jujur. Mingi dengan Seonghwa yang bagitahu, Yeo percaya. Sebab tu.. Sang sanggup hancurkan maruah dan harga diri isteri sendiri.." dia masih teringat peristiwa lama. "Tapi.. bila Yeo siasat balik, semua tu tak betul pun. Yeo menyesal, hyung.."

"Betul awak menyesal?" Yeosang toleh kebelakang.

"Giselle?"

🔥🔥🔥

Aeri duduk di ruangan menunggu, Jongho sedang mengambil ubat di kaunter. Dia pandang kandungannya yang sudah semakin besar, perutnya diusap dengan senyuman seorang ibu. Cepatlah lahir, Jongho junior.

"Berapa bulan dah?" suara seorang lelaki menyapa dia.

"Dah 5 bulan.." Aeri senyum, pandang pemilik suara itu.

Dia terkedu, tangannya terketar-ketar lagi. Pemilik suara itu tersenyum sinis. Walaupun sudah memakai mask, mata itu cukup Aeri kenal.

"Sayang.." dia belai rambut Aeri.

Gangster's WifeМесто, где живут истории. Откройте их для себя