14

322 45 40
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

  Aeri puas melawan daripada pegangan tangan Jongho, tetapi tetap tidak mampu. Kudrat lelaki ini jauh lebih kuat daripadanya. Dia belum tahu epal pun takut dengan Jongho. Tsk.

  "Lepaslah!" marah Aeri, dia betul-betul geram.

  "Nak pergi mana? Nak teruskan wedding?! Hah? Nak sangat kahwin dengan Wooyoung?" balas Jongho, cengkaman di pergelangan tangan Aeri masih kuat.

  "Siapa yang suruh saya kahwin sekarang ni?! Saya ke yang minta semua ni jadi?! Saya ke?! Cakaplah, siapa!" dada Jongho ditolak dengan sebelah lagi tangannya yang tak dipegang lelaki itu.

  Jongho terdiam sekejap. Tetapi ini bukan masa untuk bertikam lidah. Dia heret juga Aeri, ditolaknya teman wanita dia ke dalam Limousine yang sudah sedia menunggu. Kemudian Jongho membolos masuk, duduk di sebelah Aeri dan pintu ditutup.

  "Jalan, Gyu." arah Jongho.

  "Gyu?"

  "Beomgyu." jawab Jongho.

  Aeri geleng kepala. Satu squad Choi turun rupanya. Bagus, memang bagus! 

  "Dah masuk kereta kan, lepaslah!" Aeri masih berang kerana pergelangan tangannya menjadi tahanan lelaki ini.

  "Eh salah ke nak pegang tangan girlfriend sendiri?"

  Aeri ketawa sinis. "Eh tak salah, lelaki memang semua betul. Nak-nak awak, memang semua benda nak kena ikut telunjuk awak je. Contohnya kahwin dengan orang lain. Kan? Tak salah lah, suruh girlfriend sendiri kahwin dengan orang lain." perli Aeri.

  Jongho diam sekejap. Kena lagi. Perlahan-lahan dia longgarkan pegangannya. Takut patah pula tulang anak orang.

  "Diam? Haa jawablah. Ke lidah tu dah tersangkut dekat traffic light?"

  "Diam. Aku cium karang baru tahu."

  "Eleh cakap lebih bolehlah, lelaki memang pandai ber.."

  Cup! Satu kucupan hinggap di bibirnya, Aeri terkedu. Dia lupa Jongho yang sekarang bukanlah Jongho yang pengecut dulu. 

  "I dare you to speak again, senorita."

  Aeri telan air liur, alihkan pandangannya daripada muka Jongho. Takkanlah dia nak tunjuk pula muka merah dia.

  "N..nak pergi m..mana ni? Suka-suka hati je kidnap orang. B..berdosa tahu tak!"

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now