16

302 46 90
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

  Aeri duduk di taman, menunggu suami tercinta. Siapa lagi, Choi Jongho lah. Memang itu je lah suami yang dia ada. Mana ada suami lain lagi. Nak mati ke kalau ada suami lain?

  Matanya tertumpu kepada pasangan suami isteri yang jalan bersama seorang bayi kecil yang didukung si suami. Terdetik dalam hatinya, bilalah dia nak punya anak seperti mereka. Tak lama dia termenung, aiskrim muncul di hadapan matanya.

   "Ambil ni. Penat aku minta discount dengan abang tu." Jongho muncul.

  "Apa punya kedekut awak ni? Awak tu CEO, beli aiskrim pun minta discount." Aeri ambil pemberian suami.

  "Aiskrim ni 0.90 sen. Aku minta la discount, jadilah seringgit. Hebat kan aku?" Jongho duduk di sebelah isterinya. 

  Aeri kerut kening. Dia salah dengar ke, memang suaminya ini terlebih bijak atau dia yang terlebih bodoh?

  "Awak ni pelik-pelik sejak kahwin. Semalam awak minum air dalam mangkuk, makan maggi dalam cawan. Harini minta discount, daripada 90 sen jadi seringgit. Awak ada makan ubat saya ke?" 

  "Kau makan ubat apa?"

  "Ubat kurus."

  "Apa kaitan ubat kurus dengan perangai aku?!" Jongho jeling Aeri.

   "Cakap sikit pun nak marah. Awak, nak baby!"

  Mahu tersedak Jongho dibuatnya. Semua mata tertumpu kepada mereka. Jongho berbisik di telinga Aeri.

  "Kau gila ke nak buat dekat taman ni?"

  "Eh apa awak ni. Saya cakap saya nak baby, bukan nak buat baby dekat sini. Itulah, saya dah kata jangan banyak sangat bergaul dengan Beomgyu."

  Jongho senyum malu. Siapa yang gelojoh sekarang ini? Ayoyo. 

  "Eh cepatlah makan, teman aku pergi office pula. Aku nak settle something dengan Karina."

  "Sabarlah, kalau saya tercekik batang aiskrim ni macam mana? Awak nak tanggung?"

  "Janganlah jadi gila sangat sampai batang aiskrim pun nak ditelannya!"

  Aeri muncungkan bibirnya. Kahwin ke, tak kahwin ke, Jongho tetaplah Jongho dan Aeri tetaplah Aeri. 

🔥🔥🔥

  Karina menuju ke pejabat semula setelah dia selesai meeting di luar tadi. Dia menggantikan Jongho hari ini, nak bagi ruang kepada pengantin lama itu berseronok dahulu. Namun entah dari mana datangnya orang, bahunya dirempuh.

  Habis jatuh fail-fail yang dipegang Karina. Dia pandang tajam wajah manusia yang melanggar bahunya itu. 

  "Encik, agak-agaklah jalan tu." bebel Karina sebelum dia mengutip fail-fail tadi, dibantu oleh manusia tak beretika itu.

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now