17

264 38 33
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

Aeri melangkah masuk ke dalam bilik bersama bedak sejuk di wajahnya. Sudah lama dia tak pakai bedak sejuk buatan abangnya, Kim Seokjin. Biasanya mereka berdualah yang selalu pakai bedak sejuk ini.

"Sayang, ini ubat gigi ke polish kasut, asal warna hitam... arh!!!" mahu tercabut jantung Jongho melihat isterinya berwajah putih begitu.

"Awak ni dah kenapa, sayang? Nampak hantu ke?" soal Aeri, cuba bertenang memandangkan dia tak mahu bedak sejuk di mukanya ini rosak.

"Kau letak apa dekat muka kau tu?!" Jongho bagaikan trauma melihat wajah si isteri.

"Ini namanya bedak sejuk. Apa awak tanya tadi?" Aeri mulai berbaring di atas katil, membiarkan Jongho yang masih terkejut kerananya.

"Oh! Ni, aku nak tanya kenapa ubat gigi ni warna hitam?"

"Itu ubat gigi serbuk arang. Serbuk arang gigi d herbs~"

"Banyak la kau punya serbuk arang." Jongho gulingkan matanya, apa nasiblah dapat isteri tak betul macam ni.

"Sayang, sayang. Saya dengar kan Lia dah bercerai dengan Seonghwa."

"Mana kau tahu gossip ni?"

"Abang bagitahu. Abang rancang nak kahwin dengan Lia tau. Sejuk hati saya."

"Sejuk?"

"Ha ah, sejuklah."

"Nak aku peluk?"

"Tiber."

"Betul la, sini aku peluk.."

"Awak!!" Aeri berlari keluar dalam bilik, mereka berkejar-kejaran di ruang tamu.

Galak mereka ketawa kerana Jongho mengusik Aeri, tiba-tiba mereka dengar bunyi dua das tembakan. Wajah ceria mereka bertukar tegang.

"Gun, under our bed. Now!" arah Jongho.

Aeri berlari ke bilik mereka semula, dia kembali dengan dua pistol di tangan. Jongho buka pintu rumah, dahinya berkerut hebat apabila dia melihat Wooyoung di hadapan pagar bersama empat lagi orang lelaki, salah satunya Seonghwa.

"Yunho..?" Aeri bersuara.

"Kau kenal?"

Yunho lambaikan tangannya kepada Aeri. Wajah tegang Wooyoung membuatkan Jongho tak sedap hati. Petanda apa ni?

"Aeri~ Rindu aku tak?~" laung Yunho daripada luar pagar.

Aeri diam tak bersuara. Yunho muncungkan mulutnya.

"Tak syok lah. Aku datang sini, saja je nak test bullet. Sorry ganggu malam-malam. Jumpa nanti~" Yunho membolos masuk ke dalam kereta, diekori yang lain termasuk Wooyoung.

Wooyoung pandang lama wajah Aeri dan Jongho sebelum dia turut masuk ke dalam kereta, di tempat duduk pemandu. Aeri peluk erat lengan Jongho.

"Siapa Yunho?"

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now