19

234 39 29
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

Hancur hati Aeri menerima berita kematian Namjoon. Dia terlalu lemah sekarang. Puas Jongho memujuk dia untuk pulang, dia tetap tak mahu. Hongjoong masih koma. Bahkan doktor sendiri tak dapat memberikan sebarang kenyataan sama ada Hongjoong mampu terus hidup atau tidak.

Pengebumian Namjoon dan Haera sudah selamat dijalankan. Taehyung juga punyai saat sukar untuk menerima semua ini. Salah seorang abangnya tiada, adik lelaki dia pula koma. Jin terpaksa kuat untuk Taehyung dan Aeri.

Masih terngiang-ngiang memori Aeri bersama Namjoon. Kenapa secepat itu semua ini berlaku? Jongho gosok-gosok bahu Aeri. Ketepikan isu busuk itu sebentar ya, anak-anak.

"Jjong, bawa Aeri balik. Dia penat sangat tu." pinta Jin. "Taehyung pun balik. Biar hyung jaga Joong."

"Bahaya kalau hyung seorang dekat sini.."

"Jangan risau, Jjong dah arahkan budak-budak kawal kawasan ni. Apa-apa, terus call Jjong."

Jin angguk mendengar penyataan Jongho. Aeri dan Taehyung dibawa keluar daripada kawasan hospital. Jin menyandar pada kerusi. Dia dapat lihat anak-anak buah Jongho berkawal di kawasan ini. Terasa tenang sikit.

"Mungkin.. aku patut kembali." 

🔥🔥🔥

Aeri termenung memandang luar tingkap, Taehyung juga sama. Hancur hati Jongho melihat dua beradik itu. Dia pandang cermin sisi, empat kereta mengekori mereka. Jangan risau, mereka adalah adik beradiknya sendiri. San, Yeonjun, Beomgyu dan Soobin.

Sekadar untuk keselamatan bersama. San memandu ke arah berlainan daripada mereka, niat San adalah untuk menemani Jin di hospital. Yeonjun, Beomgyu dan Soobin masih di belakang Jongho.

Wooyoung. Jongho langsung tak dapat menghubungi Wooyoung. Entah bagaimana khabar Wooyoung sekarang, tak siapa tahu.

🔥🔥🔥

Karina terketar-ketar menghadap Yunho. Tempoh yang diberi terlampau singkat, dia tak mampu dan dia tak mahu!

"So, kau melawan cakap aku lah sekarang ni?" soal Yunho.

"Bunuhlah aku. Aku sanggup. Jongho dengan Aeri bukan iblis macam kau, diaorang tak layak menderita."

Yunho letakkan pistolnya di atas kepala Karina. Karina pejam mata, rela dengan segala kemungkinan. Yunho mengeluh berat.

"Macam senang lah pula kalau bunuh macam tu je. Aku bagi anjing je lah ratah kau." Yunho heret Karina, entah dibawa ke mana.

Karina terkedu apabila dia melihat satu kurungan, ada tiga anjing liar di dalamnya. Matanya membulat, di kurungan sebelah adalah Wooyoung yang terbaring lemah. Badan lelaki itu dipenuhi luka-luka besar.

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now