31

251 36 126
                                    

Wey korang nak ff ni sampai chapter berapa wey? Tak rasa macam panjang naw ke? Hahaha

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Wey korang nak ff ni sampai chapter berapa wey? Tak rasa macam panjang naw ke? Hahaha

Yunho : Alah relax la kau, author. Pendek-pendek nak gi mana? Nanti diaorang rindu tak ada orang untuk diaorang kecam lepas ni.

Emm maleih aku cakap dengan Yunho ni. Buat tambah pening aku je.

🔥🔥🔥

Aeri duduk bersendirian menunggu Jongho di hadapan rumah. Tiba-tiba ada kereta yang berhenti di hadapan rumah mereka berdua, membuatkan kening Aeri berkerut. Siapa yang datang pula ni?

Sehinggalah seorang lelaki tinggi lampai melangkah keluar daripada kereta tersebut, matanya membulat. Aeri telan air liurnya perlahan. Dia baru saja ingin melarikan diri namun pergelangan tangannya cekap dikunci lelaki itu, Jeong Yunho.

"Nak lari mana kau?" sebelah kening Yunho terangkat.

Aeri jatuhkan badannya, melutut di hadapan Yunho. Sumpah dia tak mahu diapa-apakan lagi, terutamanya dengan dia yang sedang mengandung sekarang ini. Yunho buat muka menyampah, malas nak layan drama Aeri.

"Yunho, tolonglah.. aku tak nak.."

"Tak nak apa? Hmm? Tempat kau, mana kau pergi sekalipun, akan balik ke tapak kaki aku." tangannya ditarik, diheret ke kereta.

"Tak nak!!"

"Kau jangan sampai aku angkat kau, Aeri!"

"Tak nak!"

Aeri pejam rapat matanya, meronta-ronta minta dilepaskan sehinggalah dia terdengar suara Jongho yang memujuknya.

"Sayang bangun, sayang!"

Aeri terbangun daripada mimpinya. Dia terus peluk erat tubuh Jongho yang berada di hadapannya. Mujurlah semua itu hanya mimpi. Baju Jongho digenggam erat, tangannya terketar-ketar lagi.

Jongho balas pelukan Aeri, kucupan hinggap di dahi isterinya sebelum rambut Aeri dia belai manja, cuba memujuk jiwa trauma isteri kesayangannya itu.

"Sayang mimpi ni.." bisik Jongho. "Aku dah cakap kan jangan terlalu fikir, sayang tu mengandung. Kesian baby kalau ibu dia macam ni."

Aeri diam tak bersuara, masih cuba menghilangkan rasa takut di hatinya. Sejak dia bertemu Yunho tempoh hari, dia tak tenteram. Semua yang berlaku diantara dia dan lelaki itu membuatkan dia tak keruan.

"Tidur, jom." Jongho baringkan Aeri semula, diselimutkan isterinya dengan lembut.

Dia pegang tangan Aeri, menunggu isterinya terlelap semula. Aeri kembali lelap di bawah jagaan Jongho, Jongho pula tahan mengantuk. Dia bimbang kalau Aeri terjaga lagi dan tambahan pula isterinya sering mengadu sakit pinggang sejak akhir-akhir ini.

Sudah 3 hari juga Jongho tak tidur lena kerana risaukan Aeri yang selalu trauma dan mengadu sakit. Dia faham malah tak pernah mengeluh dengan Aeri.

"Jangan risau, sayang.. sejarah takkan berulang selagi aku ada dengan kau." bisik Jongho, dia kucup dahi Aeri sebelum dia turut terlelap di sebelah isterinya.

Gangster's WifeWo Geschichten leben. Entdecke jetzt