09

291 50 17
                                    

🔥🔥🔥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔥🔥🔥

  Aeri senang hati menyanyi di dapur sambil masak maggi kari permintaan abangnya, Hongjoong. Hongjoong pula duduk menangis di ruang tamu, baru putus cinta. Katanya kekasih hati dah ada orang lain.

  Padan muka kau, ejek orang single lagi.

   Aeri hidangkan maggi tadi di atas meja, kalau boleh nak je dia sumbat terus dalam mulut abang dia yang dari tadi meraung dipujuk Jin itu.

  "Sudahlah, bang. Tak ada jodoh nak buat macam mana lagi." pujuk Aeri.

  "Diamlah! Kau apa tahu, kau single! Huwarhh.."

  Namjoon geleng kepala, Aeri duduk di sebelah Taehyung yang tenang saja melihat adegan tak berbayar itu.

  "Nanti hyung carikan kau girlfriend baru ya?" pujuk Namjoon pula, selaku abang paling waras di situ.

  "Betul ni hyung?!"

  "Betul." Namjoon senyum melihat Hongjoong yang mulai bersemangat.

  Sementara Jin tak begitu ambil peduli tentang drama sedih ini, dia memikirkan akal untuk mempertemukan Aeri dan Wooyoung. Dia pandang Aeri, fikirannya ke lain.

  "Bang, esok kau free tak?"

  "Abang yang mana satu?" soal keempat-empat abangnya.

  "Mana-mana abanglah." balas Aeri.

  "Aku sentiasa free. Apahal kau tanya?" soal Hongjoong.

  "Boleh tak esok, tolong Ae. Ae nak beli barang, banyaklah juga. Kalau nak bawa guna vespa tu, tercicir satu-satu nanti."

  "Ae! Abang rasa abang ada idea." Jin menyelit.

   "Apa idea abang? Letak bakul dekat tempat duduk vespa tu?"

  "Bukanlah. Ini, Hoseok. Kamu ingat tak dia?"

   Aeri diam sekejap, memaksa memorinya berkerja. Oh barulah dia ingat, Hoseok. Ahli keluarga Jung yang satu masa dulu begitu rapat dengan mereka, keluarga Kim.

  "Ingat je. Kenapa? Dah nak kahwin ke dia tu? Tengok, orang lain dah nak kahwin, abang masih lagi single... aduh!" kepalanya disiku Jin.

  "Dia ada adik, namanya Wooyoung."

  "Macam pernah ku dengar.. tapi apa kaitan Wooyoung tu dengan kehidupan Ae?"

  "Dia baru je sampai Korea. Dia ada cakap dia nak pusing Seoul. Alang-alang esok, abang suruh dia tolong Ae beli barang, Ae tolong dia pusing bandar. Boleh kan?" soal Jin, mengharap ideanya diterima baik oleh Aeri.

  Hongjoong dah tak senang duduk. Dia tahu apa motif Jin buat begitu.

  "Alah, abang Joong kan ada. Kenapa perlu susahkan orang luar?" Aeri jelas tak mahu.

Gangster's WifeWhere stories live. Discover now