BAB 1

786 45 2
                                    

"mama, Sarah pergi sekolah dulu tau! Assalamualaikum"

Sarah menaiki motonya untuk pergi ke sekolah barunya. Asalnya dia bersekolah di sekolah agama, Oleh kerana dia sudah tidak tahan tinggal di asrama dia membuat keputusan untuk berpindah.

Motonya disandarkan, jam menunjukkan tepat pukul 7 pagi, pelajar-pelajar sedia masuk ke dalam dewan sedangkan Sarah bersandar di dinding melihat langit yang kelam. Hampir 2 Bulan Sarah bersekolah di situ tetapi tiada siapa yang mengenalnya selain kawan-kawannya.

"Sarah!!! Kenapa aku tak nampak kau pun kat Dewan tadi?"

"Aku malas nak masuk dewan la Nisa. Cikgu bukan perasan pun"

"Okelah, let's go masuk kelas, first subjek kelas hari ini math."

Nisa salah satu sahabat yang Sarah ada selama dua bulan bersekolah di sekolah ini. Nisa sentiasa bersama dengan Sarah, masa rehat, kelas, pegi tandas semua sama-sama bandingkan dengan kawan lain Nisalah yang paling banyak luangkan masa dengan Sarah, sebab itu Sarah percayakan Nisa.

"Huh, tak ada game lain ke? Aku tak main boleh?"

Sarah mengeluh.

"Sarah, tak boleh Sarah, cikgu suruh semua wajib main."

Sukan, sukan perkara yang paling Sarah benci selain belajar. Sarah tak berapa bagus dalam sukan. Sarah dulu aktif sukan tapi sejak berlakunya kemalangan yang menyebabkan kakinya tidak boleh berlari seperti dahulu.

"Sarah, kau tak nak main ke?"

"Tak nak Aniq, aku kan takut bola."

"Kalau macam tu aku bagitau cikgu kau tak berapa sihat."

Mendengar sahaja kata-kata Aniq Sarah terus mengangguk dan tersenyum.

"Suka?"

Sarah mengangguk.

Sudah tiba waktunya waktu untuk pulang, sedang semua orang mengangkat beg untuk pulang, Sarah masih tidak berangkat dan masih duduk di atas kerusinya sambil menulis. Sarah akan melakukan kerja sekolahnya di sekolah sehingga siap, kemudia baru dia pulang.

"Sarah??"
Kata Aniq.

"AHHHH!"
Menjerit Sarah kerana terkejut.

"S..sorry, aku tak ada niat nak terkejutkan kau."

"Huh, tak apa, aku fokus sangat buat homework."

"Homework?? Homework math??"

Sarah mengangguk.

"Kau boleh buat semua?"

Sarah menggeleng.
"Banyak soalan aku tak faham. Aku nak siapkan sekarang so aku boleh tidur awal malam ni."

Aniq mengangguk.
Sarah ternampak kunci di tangan Aniq.

"Kau datang sini nak kunci kelas kan? Aku keluar dululah."

"Eh, homework kau macam mana?"

"Aku boleh buat dekat kedai makan."

"Kau tunggu aku kat bawah."

Sarah mengikuti sahaja kata Aniq. Sarah menunggu Aniq di bawah di tempat parking motonya. Selepas berapa minit Aniq kembali.

"Kau nak pegi kedai makan mana? Aku ikut."

"Kenapa kau nak ikut?"
Tanya Sarah.

"Aku nak ajar kau homework."

"Eh tak payah susah-susah, aku boleh buat sendiri."

Aniq masih berkeras untuk membantu Sarah membuat kerja sekolahnya jadi mereka berakhir di sebuah kedai makan. Mereka berada di situ sehingga maghrib dan pulang ke rumah masing-masing.

Keesokkan harinya, hubungan Sarah dan Aniq kelihatan semakin rapat.

"Siti Sarah?"

Sarah mengangkat tangan.

"Math kamu semakin baik tahniah."

Sarah agak terkejut, dia melihat ke arah Aniq, begitu juga Aniq. Tidak heranlah kerana Aniq pelajar paling pandai dalam batch. Kalau dia ajar sahaja Sarah boleh faham padahal guru-guru mengajar dia tidak pernah faham satu pun sebab mengantuk.

"Sarah, kau dengan Aniq ada apa-apa ke?"

Sarah menggeleng.

"Kawan belajar."

Nisa mengangguk.

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now