BAB 17

135 19 0
                                    

Sarah mendekatkan mukanya kepada muka Aniq. Aniq mengundur mukanya ke belakang sedikit demi sedikit. Sarah berhenti, kemudian dia beredar dari situ. Aniq sempat tertawa di dalam hati dan memegang rambutnya sambil tersenyum. Sarah sudah berlari sekuat hati kerana hatinya hampir meletup dibuatnya, kemudian dia tersedar dia berada di perpustakaan jadi dia ingin tidur sebentar sementara waktu rehat masih panjang, dia juga tidak dapat pergi ke kelas kerana malu berjumpa dengan Aniq.

Tidak lama kemudian, Aniq yang kebetulan masuk ke perpustakaan ternampak Sarah sedang tidur dengan lenanya di dalam perpustakaan. Aniq mendekati Sarah lalu duduk di tepi Sarah. Aniq tersenyum dan ketawa kecil.

"Kuat juga jodoh aku dengan kau eh?"
Kata Aniq.

Aniq mencapai satu buku dan membaca di sebelah Sarah.

Sarah akhirnya sedar dari tidurnya lalu terus memandang jam tangannya, alangkah terkejutnya dia apabila menyedari dia sudah tidur selama 2 jam.

"Dah bangun?"

Sarah terus memusingkan kepalanya , dia terkejut melihat Aniq di sebelahnya. Aniq pula hanya menatap Sarah sambil tersenyum.

"Kau tengok apa?"
Tanya Sarah.

"Nothing, I just saw an angel. She was so pretty"
Jawab Aniq.

"Angel? Siapa?"
Tanya Sarah lagi kebingungan.

Aniq melangkah mendekati Sarah sambil meletakkan tangannya ke atas kepala Sarah.

"Kau."
Jawab Aniq.

Entah kenapa jatung Sarah berdetak kencang setelah mendengar jawapan Aniq itu tadi. Sarah menguatkan diri melihat ke arah mata Aniq yang berwarna hazel itu.
Aniq hanya tersenyum dari tadi. Sarah menguatkan diri kemudian menepis tangan Aniq.

"Jom masuk kelas, kita dah lambat ni."
Ajak Sarah.

Aniq hanya tersenyum dan ikutkan sahaja yang di katakan Sarah.

Semasa menaiki moto Sarah ternampak sesorang gadis di ragut, Sarah dengan spontan memperlajukan motonya dan mengejar peragut itu, Sarah sempat jatuh tapi menguatkan dirinya dan berlari mengejar peragut itu. Apabila Sarah hampir dengan peragut itu Sarah terus lompat dan menghempap lelaki itu, orang awam juga memberi kerjasama menelefon polis dan membantu memegang peragut itu.

Gadis itu berlari memeluk Sarah dengan tiba-tiba.

"Terima kasih! You're my superhero!!"
Kata Gadis itu.

Sarah hanya tersenyum.

"Ya Allah kaki awak! Berdarah!"
Tunjuk si gadis itu.

Sarah hanya membaluti kakinya dengan kain sekolah.

"Adik okey? Ada luka mana-mana?"
Tanya Sarah.

Gadis itu hanya menatap Sarah. Rasa kesian, bersalah bercampur dalam dirinya, melihat betapa besarnya luka di kaki itu sampaikan kain sekolah yang dibaluti oleh Sarah tadi sudah nampak kesan darah terkeluar.

Setelah semuanya sudah selesai Sarah meminta diri untuk pulang ke rumah oleh kerana gadis itu mempunyai driver. Gadis itu memegang tangan Sarah sambil tersenyum.

"Nama saya Amelia."
Gadis itu memperkenalkan dirinya.

"Oh, Saya Sarah."
Kata Sarah dengan awkward.

Amelia menarik tangan Sarah dan menyuruh Sarah masuk ke dalam kereta, Sarah menolak tapi disebabkan Amelia bertegas, Sarah masuk juga.

"Disebabkan Sarah dah tercedera disebabkan Amelia, so Amelia nak ajak Sarah pergi rumah Amelia, lagipon papa nak jumpa Sarah."
Kata Amelia.

Sarah mengelip matanya dan menunjukkan ke arah dirinya.

"Saya? Jumpa saya?"
Tanya Sarah.

Amelia hanya mengangguk. Disebabkan Amelia nak sangat Sarah ikut Amelia ke rumah dia terpaksalah ikut.

Sarah tergamam melihat rumah Amelia yang besar seperti sekolah. Halaman rumahnya sahaja sudah seperti taman, terbentang kolam ikan dan ditepinya jalan mengahala ke pintu rumah. Sarah duduk di atas sofa di ruang tamu sambil matanya melihat ke kiri ke kenan, iyalah rumah besar macam ni, sesak nafas dibuatnya.

"Awak yang selamatkan baby?"

Suara yang sangat familiar, suara serak-serak basahnya membuatkan Sarah memusingkan kepalanya ke belakang. Alangkah terkejutnya Sarah melihat Aniq yang berada di belakangnya, Aniq juga terkejut tapi dia suka, hehe.

"Abang ni la kakak yang selamatkan baby. Abang kan pandai ubatkan orang so tolong la kakak ni, tengok kaki dia berdarah."
Kata Amelia.

Aniq mengahala matanya ke arah kaki Sarah, menatap Sarah atas sehingga bawah. Bajunya yang koyak tapi dalamnya ada baju jadi dalam tidak kelihatan, kain sekolahnya membaluti kakinya, tudungnya sudah kotor, muka ada kesan seret dan berdarah.

"Ok baby, Amelia naik atas makan, abang nak letak ubat kat kakak ni."
Kata Aniq dengan lembut.

ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now