BAB 11

161 23 1
                                    

"Tolong jangan tampar Sarah. Sini hospital bukan rumah makcik."

Kata Aniq dengan tatapan tajam. Aura seramnya kelihatan jelas oleh semua orang.

"Woi budak, kau siapa? Boyfriend dia?"
Kata kakak Sarah sambil melihat ke arah Sarah.

Aniq menarik Sarah ke belakangnya.

"Just stay je belakang aku."
Bisik Aniq.

Sarah hanya mengangguk kerana mulutnya sudah pun kaku untuk berkata-kata.

"Budak, tolong jangan masuk campur masalah keluarga kami. Kamu hanya orang luar. Sarah tu anak makcik, jadi tolong pergi dari sini."
Ibu Sarah menatap Aniq dengan kelihatan marah tapi masih beradab.

"Maafkan saya makcik. Saya tau Sarah anak makcik tapi dia kawan saya. Sebagai kawan, takkan saya nak biarkan dia kena tampar."
Kata Aniq.

"Hei budak, dia salah satu keluarga makcik.  Kamu tak payah nak masuk campur urusan kami. Lebih baik kamu fokus kat ayah kamu yang buang kamu tu."
Kata ibu Sarah dengan nada menyindir.

"Mama!"
Jerit Sarah.

"Kenapa!? Kau nak bela orang luar?"
Jerit ibu Sarah.

Sarah sudah kehilangan tenaga mahu meneruskan pergaduhan jadi dia memilih untuk beredar.

"Aniq, lain kali kau jangan masuk campur oke ?"

Aniq mengangguk. Dia tak mahu Sarah berasa terbeban kerana dia jadi dia ikutkan sahaja apa yang Sarah pintakan.

Selepas beberapa hari, mereka bersekolah seperti biasa. Sarah sihat dan bertenaga. Ibu Sarah keluar daripada rumah sejak mereka bergaduh jadi mereka tidak pernah berjumpa sejak itu, mungkin kakaknya sudah mengambil ibunya.

"KORANGG! KORANG!"
Jerit Nisa sambil membawa poster.

"Apa?"
Tanya Sarah.

"Dang dang! Kita ada klub baru y'all! See! Ada Klub menyanyi, melukis, e-sport weih!!!"
Excited betul Nusa beritahu kawan-kawannya.

"E-sport!"
Tanya Fadhir.

"Yes e-sport bab*!"
Kata Nusa.

Fadhir dan Nusa melompat-lompat kegembiraan sambil berpegangan tangan kerana mereka dua menyukai e-sport.

"Then.. aku tukar masuk klub melukis la."
Kata Sarah.

"Haah kan kau kan pandai lukis"
Kata Nusa.

Mereka semua mengangguk setuju dengan Nusa.

"So aku tukar masuk klub melukis jugak la."
Kata Aniq.

Sarah memandang Aniq. Aniq hanya tersenyum melihat Sarah.

"Kenapa tukar?"
Tanya Sarah.

"Kenapa? Sebab aku suka kau."
Kata Aniq sambil tersenyum melihat Sarah.

Sarah terkejut dan malu sampai merah muka dibuatnya. Tak sangka pula dia selamba sahaja luah perasaan dia kepada Sarah.

Sarah berdiri lalu cepat-cepat keluar daripada kelas. Mereka semua mengejar Sarah sambil mengejek-ejek.

"Kau tak bosan ke?"
Tanya Nisa.

"Huh?"
Kata Aniq sambil melihat Nisa.

"Yelah kejar orang yang sama even dia tak suka kau. Kenapa kau tak cari yang lain je?"

Nisa memandang Aniq sambil bertanya soalan itu. Riak wajah Aniq berubah apabila Nisa bertanyakan soalan itu sebab dia kawan Sarah.

"Tak, even dia tak suka aku langsung aku takkan ubah hati aku. No matter what."
Jawab Aniq.

"But she doesn't likes you."
Kata Nisa sampai berdiri dia.

"I know-"
Tak sempat Aniq nak cakap sampai habis Nisa dah berhenti.

"Then date me."
Kata Nisa.

"What-?"

Aniq terkejut. Dia sangat terkejut dan berasa tidak selesa apabila Nisa berkata begitu. Dia takut ini jadi perkara yang sangat besar.

"Lupakan Sarah and date me, you can use me to forget her. Aku tak kisah kalau kau gunakan aku asalkan kau bercin-"

Aniq menyekat kata-kata Nisa.

"No! No matter what, aku tak akan date orang lain selain Sarah, and as a bff Sarah how can you!? Kalau Sarah dengar mesti dia kecewa."
Kata Aniq.

"Shut up! Sarah! Sarah! Sarah! All things about Sarah! Aku muak kau sebut nama dia! Aku benci bila kau sebut nama Sarah"
Jerit Nisa.

Bunyi pintu kedengaran. Kedua-dua mereka berpaling ke arah pintu tersebut, terkejutnya mereka melihat Sarah dan yang lain berada di pintu. Sarah sudah menunjukkan riak wajah yang terkejut sehingga terkaku badannya. Wajah Sarah bertukar menjadi dingin. Siapa sahaja tak terkejut apabila dibenci kawan sendiri.

Sarah bergelak selangkah demi selangkah ke arah Nisa. Dengan riak muka yang dingin dan langsung tidak mengalirkan air mata.

"Kau benci aku?"
Tanya Sarah.

Nisa memandang Sarah dengan air matanya yang sudah mengalir tetapi riak mukanya sangat menunjukkan betapa bencinya dia terhadap Sarah.

"Aku benci kau!!"
Kata Nisa.

"Kenapa?"
Tanya Sarah kepada Nisa.

"Kenapa!? Kau tanya aku kenapa!? Aku suka Aniq dulu. Aku suka Aniq! kau tau aku suka Aniq, tapi kau still flirt dengan dia! Kau hipokrit!"
Jerit Nisa sambil menangis.

"Salah aku ke kalau Aniq suka aku?"
Kata Sarah dengan dingin.

Mereka semua sudah takut nak hentikan Sarah dengan suasana begitu tidak Ada siapa yang berani. Mereka semua paling takut apabila Sarah dalam keadaan marah, rasa gerun dia tu.

"What!?"
Jerit Nisa.

"Aniq suka aku and kau suka Aniq. Kenapa kau nak salahkan aku?  just because dia suka aku doesn't mean aku flirt dengan dia. Kau nampak ke aku gedik-gedik dengan dia? If betul aku flirt dengan dia maybe both of us dah in relationship. If you want something, usaha, bukan tu ke kau cakap kat aku?"

Nisa terkaku dengan kata-kata Sarah.

"You're the one yang tak confess kat Aniq and get confused. I doing nothing wrong, so why kau salahkan aku Nisa? Stop salahkan orang lain and confess. Stop acting like a child.

Kata-kata Sarah membuatkan Nisa lagi bara kemarahan dia. Nisa sudah mengangkat tangannya untuk menampar Sarah tetapi Sarah cepat-cepat menangkap tangan Nisa lalu menampar Nisa.

Nisa terduduk, dia tidak bergerak kerana terkejut selepas di tampar oleh Sarah. Sarah tidak pernah gunakan kekerasan walaupun bergaduh ini pertama kali sebab itu semua terkejut.

"Berhenti jadi budak-budak and grow up."
Itu adalah kata-kata akhir Sarah kemudian dia beredar.




ASTAGHFIRULLAH!! (COMPLETE)Where stories live. Discover now